Khamis, 26 Februari 2009

TANGGUH DULU SAT...

Pengumuman


Senamrobik Puteri yang dijadualkan pada 1 Mac 2009, Ahad ni yang dijadualkan di DUN Pauh terpaksa ditangguhkan dulu atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Insya Allah, minggu depan, di Guar Sanji. Pusat Khidmat Guar Sanji, 8.30 pagi, 8 mac 2009.


Mai La ramai-ramai...

Rabu, 18 Februari 2009

SUKARELAWAN BENCANA ALAM PUTERI

Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Mengalu-alukan penyertaan anda sebagai warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas yang prihatin untuk menyertai kami sebagai
SUKARELAWAN BENCANA ALAM PUTERI.
Objektif utama SUKARELAWAN BENCANA ALAM PUTERI adalah bagi membantu mangsa-mangsa dari segi kebajikan yang terlibat dengan apa jua bencana alam di seluruh negara, ianya diharap dapat membantu meringankan beban mangsa-mangsa sementara mereka dapat menjalani kehidupan seperti biasa semula.
Sekiranya anda prihatin dan berminat untuk menyertai SUKARELAWAN BENCANA ALAM PUTERI, Sila hantarkan maklumat diri;
Nama :
Alamat :
No K/P :
No. Tel / HP untuk dihubungi :
Emel :
No Ahli UMNO (Jika Ada) :
ke alamat email sukarelawanpu3@gmail.com

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila hubungi 03-40413900 ext:386. Penyertaan anda amat dihargai.
GENERASI WANITA PRIHATIN
PRIHATIN BERILMU.

Selasa, 17 Februari 2009

SENAMROBIK PUTERI

Assalammualaikum

Berlalu sudah 15 Februari 2009 (Ahad) di Pusat Khidmat Kubang Gajah, Senamrobik Puteri Bahagian Arau. Ramai juga yang hadir. Budget makanan untuk 50 orang tapi lebih kurang 15 orang yang hadir. biasalah tu.... mungkin masih seronok sambut Valentine's Day...

Untuk kali pertama ni, pihak urusetia memang tak harapkan keajaiban tapi harap-harapnya bila kat Pauh dan Guar Sanji dan 2 DUN lagi akan lebih ramai yang hadir. Insya Allah...

Buat guru senamrobik, terima kasih daun keladi...

Buat semua puteri dan ibu puteri yang hadir, syukran jaazilan...

Jumpa Lagi...

Selasa, 10 Februari 2009

Sihat Bersama Puteri

Puteri UMNO Arau akan mengadakan senamrobik untuk setiap DUN mulai 15 Februari 2009.. kalau adik - adik dan akak - akak puteri yang rasa badan tu tak fit.. meh join kami... untuk itu sebagai pilot project.... Program Sihat Bersama Puteri ini akan diadakan buat pertama kalinya seperti maklumat di bawah :



Program : Senamrobik (Sihat Bersama Puteri)



Tarikh : 15.02.2009



Jam : 8.30 pagi



Tempat : Pusat Khidmat Kubang Gajah (Berdekatan dengan UNIMAP)



Tenaga Pengajar : Norliza Ishak



Bayaran : Percuma (minuman disediakan)



Catatan : Kepada adik - adik yang belum lagi mendaftar sebagai ahli puteri sila bawa salinan kad

pengenalan dan RM 2.00 untuk pendaftaran



Kempen RM 1 utk seorang ahli puteri bagi tujuan tabung utk GAZA



jom join.....