Khamis, 21 Januari 2010

RASUAH

PUTRAJAYA 20 Jan. – Seorang pegawai khas dan setiausaha sulit ahli politik antara 34 orang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melibatkan nilai suapan RM280,000 dalam kes penyeludupan pasir di beberapa negeri. Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM, Datuk Mohd. Shukri Abdull berkata, suapan tersebut turut melibatkan tiga kes rasuah seks bertujuan memudahkan proses permohonan dan kelulusan mendapatkan pasir. Menurut beliau, setiap individu yang terlibat didakwa menerima nilai suapan di antara RM500 sehingga RM50,000.
(Utusan Malaysia, 21/01/2010)
Hari ini kita melihat terlalu ramai yang disogokkan dengan wang dan menerima pemberian tersebut. Apakah kerana kegawatan hidup atau kerana ingin kemewahan?? Mungkin ada yang menyatakan, "bolehlah awak cakap camtu, awak tidak berada di tempat saya. awak tidak merasa kesusahan yang saya hadapi!!". Iya, mungkin juga tapi adakah kerana alasan itu maka setiap yang menghadapi kesusahan harus mengadaikan maruah hidup dan prinsip kebenarannya juga pegangan akidahnya?? persoalan yang jawapannya pasti berbeza...