Khamis, 25 Jun 2009

PROGRAM GERAK DAFTAR PERTUBUHAN BELIA PERINGKAT PARLIMEN ARAU

Tarikh : 23 JUN 2009 (Selasa)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Dewan Sekolah Kebangsaan Tambun Tulang, Perlis


Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Arau menerima jemputan daripada Pengerusi Belia 4B Kawasan Arau iaitu Encik Hakimi bin Din untuk sama-sama mendengar taklimat berkenaan penubuhan persatuan belia yang diberikan khusus untuk para belia oleh Encik Baderi bin Awang Damit, Timbalan Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY).

Ketua Penerangan Puteri Bahagian Arau mengambil tempat sebagai Juruacara Majlis pada malam itu.

Terima kasih kepada semua AJK Puteri yang hadir juga terima kasih kepada Belia 4B kawasan Arau dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis kerana menjemput Pergerakan Puteri UMNO Bahagian ARAU.

Kalau Ada Tersalah Bicara,
Jangan Disimpan Di dalam Hati,
Generasi Belia lah Penggerak Negara,
Tanamkan Tekad, Teguhkan Hati.

Isnin, 22 Jun 2009

Perasmian Persidangan Kali Pertama Cawangan UMNO Kg Kubang Batu Dun Pauh






Tarikh:
19 Jun 2009 (Jumaat)
Masa :
9.00 Malam
Tempat :
Perkarangan Kediaman Tn Hj Jamil bin Abd. Lah, Kg Kubang Batu, Pauh, Perlis
Dirasmikan Oleh :
YB Dato Seri Dr Shahidan bin Kassim - Ketua Bahagian Arau merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia.
Turut Hadir:
Ybhg Dato Mastika Junaidah bt Husin (Ketua Wanita Bhgn Arau),
Ybhg Pn Amzira Bt Abdullah (Ketua Puteri Bhgn Arau),
AJK Bahagian Arau, AJK Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian Arau.

SELAMAT HARI BAPA


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Semalam, 21hb Jun 2009 seluruh dunia menyambut Hari Bapa. Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Arau juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua ayah, abah, bapa, daddy, baba, walid, papa kerana jasa-jasa mereka yang telah mendidik dan membesarkan generasi hari ini dan masa depan terutama kepada semua bapa kepada Ahli Jawatankuasa Puteri Bahagian Arau, Terima Kasih....

Selamat Menyambut Hari Bapa... Jasamu Ayah Tiada Nilai Gantinya!!


Jumaat, 19 Jun 2009

AJK BARU PERGERAKAN PUTERI ARAU

Selamat Datang kepada AJK baru yang dilantik daripada DUN Pauh, Puan Arnee Zulia bt Zainol.
Kami mengalu-alukan kehadiran AJK baru dalam Pergerakan Puteri Bahagian Arau bagi mengukuhkan lagi struktur Pergerakan Puteri Bahagian Arau.
Diharapkan kehadiran pensyarah kita ini yang juga memegang portfolio Biro Pelajaran akan membawa nadi dalam biro ini dan Pergerakan Puteri Bahagian Arau khususnya.
Ahlan Wasahlan....

Rabu, 10 Jun 2009

PORTFOLIO BIRO-BIRO PERGERAKAN PUTERI BAHAGIAN ARAU

1) BIRO POLITIK
- AMZIRA ABDULLAH

2) JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN BIRO ANTARABANGSA
- ZURAIDAH ZAINOL ABIDIN

3) HAL EHWAL PELAJAR LUAR NEGARA /JAWATANKUASA PINDAAN PERLEMBAGAAN
- NORHAIDAH AHMAD

4) JAWATANKUASA PENUBUHAN PUTERI BARISAN NASIONAL
- HARISON ANI

5) BIRO PENERANGAN DAN LATIHAN
- NASIBAH ISMAIL

6) JAWATANKUASA LATIHAN SAHSIAH DAN UNIT KHAS PILIHANRAYA
- RAMZAHALIZA MELI

7) BIRO KEAHLIAN DAN DAFTAR PEMILIH
- WAN MAZURA MAT DAUD

8) BIRO PELAJARAN
- ARNEE ZULIA ZAINOL

9) BIRO TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN BACAAN SIKAP
- HASHIMAH AHMAD

10) BIRO KEBAJIKAN DAN KESIHATAN
- NORSHAHANIZA SHADAN

11) BIRO BELIA DAN SUKAN
- AFFANORSYAKINA AFFANDI

12) BIRO KEBUDAYAAN DAN WARISAN
- ZANIAH YAHAYA

13) BIRO AGAMA DAN PEMBANGUNAN SOSIAL
- FIFI HAIZA ABDUL RASHID

14) BIRO PROFESSIONAL MUDA DAN NGOs
- WAN ERNI LAILY WAN OTHMAN

15) BIRO PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN PEMANTAPAN EKONOMI
- LELA MAN

16) BIRO PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
- NURIZA ISA

17) BIRO SUKARELAWAN DAN SKUAD BANTUAN BENCANA ALAM
- MUMAIYIZAH MANSOR

18) BIRO HAK ASASI DAN KEMANUSIAAN DAN KHIDMAT BANTUAN GUAMAN
- ROSFAEZAH CHE SABU

19) BIRO TUGAS-TUGAS KHAS
- NORLIZA ISHAK



INILAH BARISAN JAWATANKUASA YANG MEMEGANG PORTFOLIO BIRO-BIRO DALAM PERGERAKAN PUTERI BAHAGIAN ARAU. TAHNIAH.

TANGGUNGJAWAB BARU YANG DISERAHKAN OLEH KETUA PUTERI BAHAGIAN ARAU DALAM MESYUARAT BULANAN PERGERAKAN PUTERI BAHAGIAN ARAU YANG DIADAKAN PADA PETANG 9 JUN 2009, 5.30 PETANG BERTEMPAT DI PEJABAT UMNO, KANGAR, PERLIS.

SELAMAT MENJALANKAN TUGASAN DAN TANGGUNGJAWAB YANG DIBERIKAN KEPADA SEMUA JAWATANKUASA BIRO PUTERI BAHAGIAN ARAU.

Khamis, 4 Jun 2009

MESYUARAT CAWANGAN PUTERI

SELAMAT BERSIDANG KEPADA SEMUA PUTERI DI CAWANGAN-CAWANGAN DALAM BAHAGIAN ARAU

BUAT KETUA-KETUA PUTERI CAWANGAN DI DUN SANGLANG N15, SELAMAT MENJALANKAN MESYUARAT. SEMOGA SEMUANYA BERJALAN LANCAR DAN SEMPURNA. INSYA ALLAH.

SENARAI CAWANGAN PUTERI YANG BOLEH BERSIDANG DUN SANGLANG :



1 ) SIMPANG SANGLANG
2) KG TENGAH SG PADANG
3) BENDANG BARU

4) BONGGOR KUDONG
5) KUALA SANGLANG
6) PADANG KERIA
7) PERMATANG BONGGOR
8) PERMATANG LIMAU MANIS
9) JAWI SERATUS

10) PADANG KERIA TIMUR


SELAMAT BERMESYUARAT....

Selasa, 2 Jun 2009

TAZKIRAH : "JANGAN PUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH"

Dunia hari ini tidaklah keterlaluan jika ia disifatkan sebagai dunia yang liar atau asing. Liar dan asing kerana ia tampak begitu berjaya mengasingkan rasa kasih dan cinta kepada al-Khaliq dari benak hati manusia hingga tidak lagi gemar berjinak-jinak dengan Allah SWT.

Akhirnya, segala bentuk cinta dunia yang bersifat sementara pantas mengambil alih takhta di hati manusia. Sehingga cinta palsu menyumbang kepada segala kejahatan dan kerosakan di muka bumi.

Dalam mengingatkan kita mengenai fenomena ini, Sheikh Abu Madyan r.a ada menyatakan yang bermaksud: "Barang siapa yang sibuk dengan tuntutannya terhadap dunia, nescaya dibalakan dengan kehinaan di dalamnya". (Lata'if al Minan fi Syarh Hikam Abi Madyan).

Maka di antara bentuk kehinaan itu ialah dipalingkan hati dari merasakan dirinya mendapat bahagian cinta dari Allah SWT dan menyebabkan hilangnya rasa baik sangka terhadap-Nya.

Namun, sejauh manapun manusia itu memalingkan hatinya dari mengingati Pencipta-Nya, tetap jua Pencipta itu mencurahkan belas rahmat, ihsan dan kasih-Nya yang tidak berbelah bahagi. Walaupun pada setiap saat dan waktu hamba-hamba-Nya berterusan melakukan maksiat dan mengingkari suruhan-Nya.
Di antara tanda cinta Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya juga, Dia sentiasa membuka pintu keampunan-Nya kepada mereka yang melampaui batas dan menzalimi diri sendiri dengan melakukan dosa dan maksiat. Malah, Allah SWT melarang para hamba-Nya berputus asa dari rahmat dan kasih sayang-Nya walau sebesar mana pun dosa dan maksiat yang mereka lakukan.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Katakanlah, wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas (melakukan dosa), janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah... (al-Zumar: 53)

Allah SWT dengan sifat Pengasih dan Penyayang-Nya membuka seluas-luasnya pintu keampunan buat mereka dengan pelbagai jalan. Di antara jalannya adalah memperbanyakkan amal kebajikan kerana ia adalah penghapus kejahatan.

Selain itu, memperbanyakkan istighfar memohon keampunan kepada-Nya sebagaimana dalam maksud sebuah hadis qudsi: "Wahai hamba-hamba-Ku, sesungguhnya kalian melakukan kesalahan (dosa) pada waktu malam dan siang, sedangkan Aku mengampunkan dosa keseluruhannya, maka pohonlah keampunan daripada-Ku, nescaya Aku akan mengampunkan kalian".
Cinta al-Khaliq terhadap makhluk juga, seperti yang dipetik dari kalam Nubuwwah, lebih hebat daripada kasih seorang ibu yang sentiasa bersungguh-sungguh menjaga, mempertahankan dan menjamin keselamatan bayinya yang masih kecil.

Semoga kita semua benar-benar dapat mengecapi nikmat cinta ilahi. Cinta Tuhan Yang Maha Tinggi, yang menyifatkan sifat cinta, kasih dan rahmat pada diri-Nya melalui firman-Nya yang bermaksud: Dialah Tuhan Yang telah menurunkan hujan setelah mereka (manusia) berputus asa dan Dia sentiasa menyebarkan rahmat-Nya serta Dialah Tuhan yang mengurniakan pertolongan dan Tuhan Yang Maha Terpuji. (asy-Syura: 28).
Wallahu a'lam.
OLEH PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN
(Utusan Malaysia, 1 Jun 2009)

Isnin, 1 Jun 2009

SEMINAR LITERASI UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM

Tarikh : 26 Mei 2009 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Sivik Arau
Anjuran : Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Perlis

Seminar ini dianjurkan untuk memberikan kesedaran kepada kaum wanita dan juga kefahaman kepada kaum lelaki berkenaan undang-undang keluarga Islam.

Penceramah yang terlibat adalah:

1) Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Dr Juanda bin Jaya yang memberikan ceramah berkenaan Hak-Hak Wanita dan Lelaki Dalam Perkahwinan.


2) Yang Amat Arif Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Negeri Perlis, Tn Hj Othman bin Ibrahim yang menerangkan tentang Hak-Hak Wanita Dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam.


Banyak maklumat dan pengetahuan yang diperolehi daripada kedua-dua orang penceramah yang dijemput khas ini. Dr Juanda memberikan penegasan kepada hak - hak wanita dalam perkahwinan manakala tn Hj Othman pula menekankan kepada enakmen undang-undang dan memberikan kefahaman kepada para peserta yang kebanyakannya agak kurang arif dari sudut undang-undang keluarga Islam.

Pergerakan Puteri Bahagian Arau membantu di bahagian pendaftaran peserta. Terima kasih kepada AJK dan ahli puteri yang hadir pada hari ini.