ASSALAMMUALAIKUM
BUAT SELURUH UMAT ISLAM DI MANA JUA ANDA BERADA, SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA DI BULAN MULIA INI, RAMADHAN AL MUBARAK.
SEMOGA KITA DIBERIKAN KESABARAN DAN KETENANGAN DALAM MENJALANI IBADAH PUASA KITA PADA TAHUN INI.
SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT BERTERAWIH...
Selasa, 17 Ogos 2010
Rabu, 28 Julai 2010
MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN ARAU PADA 24 JULAI 2010
Ketibaan YB Dato Hamzah |
Persembahan Silat |
Antara nelayan yang menerima enjin bot sumbangan YB Dato Ismail bin Kasim disampaikan oleh YB Dato Hamzah, Timbalan Menteri Perusahaan dan Komoditi |
Antara Warga Veteran UMNO yang menerima Penghargaan |
Pelajar Cemerlang |
Pelajar Cemerlang |
Pelajar Cemerlang |
Dato Rozabil (Ketua Pemuda Bahagian), Dato Seri Shahidan Kassim (Ketua bahagian Arau), Senator Mohd Khalid (naib Ketua Bahagian), Saudari Amzira (Ketua Puteri Bahagian Arau) |
Penyerahan Hadiah Kepada Perwakilan Yang Bertuah |
Dato Ismail Kasim dan DAto Seri Shahidan Kassim |
Cik hjh Sabani (Bendahari) dan Saudara Seruandi (Setiausaha bahagian) |
Suasana Di Dalam Dewan Sivik Semasa Mesyuarat berlangsung |
1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN SIRI 1
ASSALAMMUALAIKUM
Tidak dinafikan masih ramai yang mempersoalkan tentang konsep atau Gagasan 1 Malaysia yang dibawakan oleh YAB Dato Seri Najib selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6.
Gagasan 1 Malaysia bukan perkara baru. Kenapa kata lagu tu???...
Semasa saya bersekolah di peringkat menengah dulu dalam tahun 1995, saya bersahabat baik dengan seorang teman dari kaum India dan di dalam kelas saya ada 4 atau 5 orang murid berbangsa Cina. Meriah sungguh waktu itu tambahan lagi kawan sekelas saya yang berbangsa Cina(lelaki) minat lagu dangdut. Boleh bayang tak macamana setiap hari dia asyik dok menyanyi lagu Amelina...ah..ah...ah...
Seronok bila dikenangkan kembali waktu itu. Kami berada dalam negara kami sendiri. Aman dan damai. guru-guru juga tiada masalah untuk mengajar kami kerana setiap kali guru masuk kelas maka masing-masing akan duduk dan menumpukan perhatian ke arah papan hitam dan guru yang mengajar.
Diumpamakan kelas itu seperti sebuah negara yang dihuni oleh pelbagai bangsa. Ada Melayu, Cina dan India. Matlamat guru adalah untuk mengajar kami ilmu yang ada padanya dan memastikan kami mendapat manfaat dari ilmu itu, lebih-lebih lagi untuk menjawab soalan dalan peperiksaan. Maka itulah MATLAMAT negara IAITU untuk MENCAPAI WAWASAN 2020.
Sekiranya guru masuk ke dalam kelas dan ada murid2 yang bergaduh maka tidaklah dapat guru itu meneruskan pengajiannya. Guru harus menghentikan pergaduhan dan menyelesaikan masalah tersebut. Maka tergendalalah tujuan guru untuk mengajar silibus untuk hari itu dan terpaksa ditunda ke hari esok. Itulah yang boleh diibaratkan untuk KEADAAN POLITIK NEGARA...Kalau rakyat negara ini ASYIK BERBALAH dan MEMAINKAN ISU SENSITIF PERKAUMAN maka PERPADUAN dan KEHARMONIAN KAUM tidak dapat dicapai. Kerajaan harus menumpukan untuk mengeratkan perpaduan sebelum boleh terus melangkah untuk mencapai WAWASAN 2020 dan menjadikan MAlaysia sebuah negara maju.
MAKA untuk sentiasa mengingatkan rakyat MALAYSIA tentang perpaduan dan kepentingannya dalam memastikan MALAYSIA dapat mencapai MISI dan VISInya maka GAGASAN 1 MALAYSIA disuarakan oleh YAB Perdana Menteri.
Dari dulu hingga hari ini kita hidup dengan harmoni bersama pelbagai kaum yang ada dan sememangnya kita sudah mengaplikasikan 1 Malaysia dalam kehidupan kita. Kita berjiran dengan pelbagai kaum dan melibatkan sesama sendiri dalam kenduri-kendara dan kita juga bekerja bersama-sama kaum lain. ITULAH 1 MALAYSIA...
Isnin, 12 Julai 2010
MESYUARAT PUTERI UMNO BAHAGIAN ARAU 2010
Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Arau
pada 4 Ogos 2010 (Ahad) di SMK Arau
disempurnakan oleh YB Dato Ismail bin Kasim, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Arau
merangkap Ahli Parlimen Arau
turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Dato Hjh Mastika Junaidah bt Husin,
Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau
dan Yang Berbahagia Pn Asmaiza, Ketua Puteri UMNO Negeri merangkap EXCO Puteri UMNO Malaysia
Terima Kasih sekalung budi,
Tahun hadapan bertemu lagi.
Rabu, 7 Julai 2010
BICARA KETUA PENERANGAN PUTERI
Assalammualaikum wbt...salam sejahtera...salam 1 Malaysia.
Alhamdulillah, dengan izin dah limpah kurniaanNya maka dapat saya mengambil peluang meluahkan bait kata saya di ruangan ini.
Hampir 3 tahun saya memegang jawatan sebagai Ketua Penerangan Puteri Bahagian Arau, banyak yang saya telah belajar dan fahami, cubaan dan dugaan di dalam dunia politik ini sememangnya memerlukan hati yang kental.
Memang sukar memulakan langkah namun lebih sukar lagi untuk memastikan langkah itu tiba ke hujung kejayaan. Namun dengan kerjasama semua rakan dan sahabat dalam Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Arau maka saya tetapkan pendirian dan teguhkan hati untuk terus berdiri sebaris dengan ahli-ahli jawatankuasa Puteri UMNO Bahagian Arau, bersama-sama dalam saf kepimpinan untuk memastikan Puteri UMNO dihormati dan disayangi.
BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH... Buat semua ahli Puteri UMNO marilah kita bersama-sama, rapatkan saf, tanamkan tekad di dalam hati, walau apapun jua kekangan dan dugaan mendatang, kita akan hadapinya bersama-sama. Insya Allah, niat yang tulus akan dirahmati Yang Maha Esa...
Tetapkan Pendirian...Jangan biar anasir luar menceroboh dalam pemikiran. Sampaikan kepada sanak saudara dan jiran tetangga, kami tidak mahu merintih dan mengemis di negara sendiri!! Lihat saja apa yang terjadi di negeri Pulau Pinang apabila jatuh ke tangan pembangkang. DAP jadi juara di sana!! Suara rakyat tidak dihiraukan...!!
Hari ini kita hidup selesa. Apakah itu jaminan generasi depan, anak dan cucu serta cicit kita akan dapat merasa keselesaan dan nikmat yang kita ada hari ini?? Jangan sampai nanti, pokok pisang di tepi rumah kita pun bukan milik kita... rumah yang kita duduki dirampas sesuka hati... nak makan pun terpaksa mengemis... mungkin tidak terjadi kepada kita, ANAK CUCU CICIT kita?? Bagaimana nasib mereka??
BERFIKIRLAH SAUDARA DAN SAUDARI...Jangan alpa dan leka dengan kemarahan kita pada seekor nyamuk maka kita bakar kelambu yang akhirnya seluruh rumah terbakar...!!
Kalam berakhir di sini, moga ketemu lagi...PERJUANGAN KITA MASIH BELUM SELESAI...
Sekian, terima kasih.
Isnin, 5 Julai 2010
MESYUARAT PERWAKILAN PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN ARAU
MAAF KERANA INFORMASI INI LAMBAT DIMASUKKAN NAMUN ALHAMDULILLAH MESYUARAT YANG BERLANGSUNG PADA 4 JULAI 2010, AHAD PADA JAM 9.00 PAGI (MAJLIS PERASMIAN) DI DEWAN SMK ARAU BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA.
SYUKUR, ALHAMDULILLAH DAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PERWAKILAN, WAKIL BAHAGIAN, WAKIL PERHUBUNGAN PUTERI KERANA HADIR PADA MESYUARAT KALI INI.
PENGHARGAAN YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA YANG BERHORMAT DATO ISMAIL BIN KASIM, TIMBALAN KETUA UMNO BAHAGIAN ARAU MERANGKAP AHLI PARLIMEN ARAU ATAS KESUDIAN MELAPANGKAN WAKTU MERASMIKAN MESYUARAT WALAUPUN BARU SAHAJA SAMPAI DARI KELANTAN PADA PAGI BERKENAAN. TERIMA KASIH YANG BERHORMAT CHU.
JUGA JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA JAWATANKUASA PUTERI YANG BERTUNGKUS LUMUS MEMBANTU MENJAYAKAN MESYUARAT KALI INI. TERIMA KASIH SEKALUNG BUDI.
Jumaat, 4 Jun 2010
JUARA RAKYAT
JUARA RAKYAT
PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN ARAU BERSAMA PERGERAKAN PEMUDA DAN WANITA BAHAGIAN ARAU
"SAMBUTAN HARI IBU DAN BAPA"
TARIKH : 07 JUN 2010 (ISNIN)
MASA : 3.00 PETANG HINGGA 7.00 MALAM
TEMPAT : LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA (LKIM), SG BARU, SPG EMPAT
ATURCARA PROGRAM
3.30 PTG : CERAMAH KEKELUARGAAN (LPPKN)
4.45 PTG : MAJLIS SAMBUTAN - DIRASMIKAN YB DATO SERI SHAHIDAN KASSIM
5.30 PTG : MAJLIS PENGHARGAAN IBU DAN BAPA BERJAYA
6.30 PTG : JAMUAN MAKAN
9.00 MLM : FORUM PERDANA
'SEMANIS BICARA SELEMBUT SENTUHAN'
PENGERUSI FORUM: TN HJ HASHIM OTHMAN AL-HAFIZ (JAIPs)
AHLI PANEL : DR AHMAD BASHIR BIN AZIZ (PENSYARAH UUM, SINTOK)
TN HJ AHMAD FAISOL HJ OMAR (KADI KUBANG PASU)
SEMUA DIJEMPUT HADIR
Selasa, 13 April 2010
SELAMAT DATANG YAB DATO SERI MUHYIDDIN YASSIN
PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN ARAU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA YAB DATO SERI MUHYIDDIN BIN YASSIN, TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA ATAS KESUDIAN MENGUNJUNGI RAKYAT PERLIS PADA 13 APRIL 2010, SELASA.
SEMOGA YAB TPM SUDI DATANG LAGI MENJENGOK KAMI DI NEGERI PALING KECIL DI HUJUNG BUMI SEMENANJUNG MALAYSIA INI.
SYUKRAN JAAZILAN...
Rabu, 7 April 2010
KURSUS KEBOMBAAN PERGERAKAN PUTERI BAHAGIAN ARAU
PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN ARAU AKAN MENGADAKAN PROGRAM 'KURSUS KEBOMBAAN' KEPADA AHLI-AHLI PUTERI BAHAGIAN ARAU YANG BERMINAT.
SETIAP DUN AKAN DIWAKILI OLEH 10 ORG PUTERI KERANA KURSUS INI TERHAD KEPADA 50 ORG PESERTA SAHAJA.
TARIKH : 10 APRIL 2010 (SABTU)
MASA : 8.30PG HINGGA 2.30PTG
TEMPAT : BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT ARAU
SEKIRANYA ADA YG BERMINTA SILA HUBUNGI PENYELARAS PUTERI BAGI DUN MASING2 ATAU TERUS KEPADA PENYELARAS PROGRAM DI TALIAN 0174833450 (PN.NASIBAH)
SALAM TAKZIAH...
Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Arau ingin menyampaikan salam takziahkepada keluarga Ketua Penerangan Puteri , Pn Nasibah atas pemergian ayahandanya En Ismail Bin Dahman yang telah kembali ke rahmatullah pada 3 april lepas jam 1.55 pg.
Semoga Rohnya dicucuri rahmat dan ehsan dari Nya...Al-Fatihah.
Semoga Rohnya dicucuri rahmat dan ehsan dari Nya...Al-Fatihah.
Khamis, 11 Mac 2010
TAKZIAH....
PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN ARAU merakamkan ucapan takziah kepada keluarga saudari Zaniah binti Yahaya atas pemergian ibu yang disayanginya... Semoga rohnya ditempatkan dikalangan hamba-hambaNya yang beriman dan bertakwa...Al-Fatihah...
BUKAN MUSTAHIL MELAYU BERSATU
Datin Seri Fatini Yaacob ialah Karyawan Tamu Universiti Teknologi Malaysia
Utusan, 11 Mac 2010 / 25 Rabiul Awal 1431
(Dibawah ini adalah rencana yg ditulis oleh Datin Seri Fatini dalam Utusan Malaysia yang bagi saya kata-katanya amat menyentuh di hati...sama-sama kita renungkan)
KELMARIN buku Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata telah dilancarkan dengan sempurnanya oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada beliau kerana keberanian melancarkan buku itu. Walaupun perjuangan Natrah dahulu tidak diterajui oleh pemimpin UMNO, hanya disertai oleh ahli-ahli UMNO tetapi atas kebenaran sejarah dan apresiasi sejarah, Muhyiddin sanggup meletakkan dirinya melancarkan buku ini. Kerana buku Natrah adalah kisah benar satu episod sejarah yang sanggup meleburkan kepentingan politik demi agama.
Saya berterima kasih dan percaya dengan kesudian Ustaz Nasharudin Mat Isa dan jawatan kuasa tertinggi Pas yang hadir ke majlis pelancaran buku ini juga sebagai menyatakan istiqamah parti tersebut, dalam menyambut usaha yang baik ke arah perpaduan Melayu dan mengangkat martabat Islam.
Saya secara peribadi turut mengundang ahli jawatankuasa tertinggi parti PKR ke majlis pelancaran buku ini. Namun sayangnya hasrat saya untuk melihat detik perpaduan tiga kelompok pemimpin tertinggi parti ini dalam majlis pelancaran buku Natrah yang dulunya memang menyatukan orang Melayu dalam perjuangan membela Islam dalam Natrah, tidak tercapai.
Saya percaya dan doakan agar satu hari akan datang juga detik ini. Detik penyatuan dan perpaduan Melayu demi agama yang dinaungi oleh kasih sayang Allah.
Sebenarnya buku Natrah yang saya tulis kali ini, menghantar mesej dan makna yang lebih besar daripada Natrah yang saya tulis dalam majalah Dewan Masyarakat 20 tahun yang lalu. Buku itu menuntut pemerhatian yang teliti dan tindakan yang penting terhadap memartabatkan Islam di tempatnya, terutama dalam politik dan perundangan negara kini.
Sebenarnya di sebalik kisah Natrah ada perjuangan yang lebih hebat, daripada sekadar kisah sedih hidup Natrah dan kisah cinta Natrah dan Mansor Adabi. Dan semua ini tidak ada di dalam majalah Dewan Masyarakat yang saya tulis dahulu.
Buku ini adalah himpunan semangat dan roh pejuang-pejuang Natrah yang memperjuangkan iman di dada Natrah. Keikhlasan perjuangan mereka inilah dengan redha Allah meresap jauh menyentuh hati orang Melayu turun temurun, zaman berzaman sehingga kini. Kisah perjuangan itu saya rakam khas sehingga lapan bab di dalam keseluruhan 23 bab buku itu. Sebenarnya kisah pengorbanan dalam Natrah ini membabitkan pelbagai jenis. Ada pengorbanan wang ringgit dan harta benda untuk dibuat derma bagi pembiayaan mahkamah dalam kes Natrah. Ada pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit oleh pejuang-pejuang Natrah seperti Karim Ghani, Dr. Burhanuddin Helmi, Mohd Taha Kalu, Tunku Abdul Rahman dan Hussien Onn (Tun), Ahmad Ibrahim (sekadar menyebut beberapa nama).
Namun yang paling tinggi nilainya adalah pengorbanan jiwa dan pengorbanan kepentingan diri dan kepentingan politik. Saya terharu membaca pengorbanan ini. Walaupun diterajui oleh Dr. Burhanuddin Helmy dari Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dianggap sebagai parti kiri semasa itu, namun ahli-ahli UMNO semasa itu seperti Sardon Jubir (Tun), Darus Sharrif yang juga jawatankuasa UMNO Johor dan Geylang Singapura turut sama berada dalam Jawatankuasa Tindakan Natrah (JKTN). Tunku Abdul Rahman dan Hussien Onn pula sanggup meneruskan usaha-usaha perjuangan membebaskan mereka yang dikenakan hukuman gantung kerana merusuh selepas semua JKTN dipenjarakan.
Kelompok kecil ahli-ahli parti Hizbul Muslimin juga ikut berjuang bersama. Ini bermakna pada masa Natrah, demi kepentingan agama, semua orang Melayu meleburkan kepentingan peribadi masing-masing demi membela Islam yang dihina penjajah. Keadaan yang sama barangkali tidak jauh bezanya jika kita lihat keadaan politik hari ini. Setelah dekat 60 tahun tragedi Natrah, kini kita kembali berada dalam keadaan yang berat dan mengancam dari segi politik.
Kalau dulu musuh politik dan agama kita adalah jelas iaitu penjajah, sekarang kita jadi bingung kerana keadaan kuasa yang semakin terancam walaupun kuasa masih ada di tangan kita. Kuasa majoriti yang sedikit kita pegang semakin goyah kerana perpecahan sesama kita.
Dalam keadaan tertentu, suasana penghinaan Islam pada zaman penjajah dahulu juga wujud, walaupun barangkali dalam bentuk yang berbeza. Penghinaan terhadap Islam sekarang berlaku dari dalam dan luar diri kita.
Dari ‘dalam diri’ kita’ penghinaan berlaku apabila kita tidak meletakkan martabat Islam pada tempatnya. Dalam percaturan politik, kita meletakkan kepentingan diri dan kuasa melebihi kepentingan awam dan kepentingan Islam.
Kita sanggup mengetepikan Islam dan hukum-hakam Islam asal kuasa dan kepentingan diri dipenuhi. Elemen ini ada pada semua parti Melayu hari ini. Mereka masih belum boleh duduk semeja, berdamai dan berunding demi sebab yang lebih besar – meleburkan kepentingan parti demi survival Islam di tangan orang Melayu.
Dari ‘luar diri’ kita, penghinaan terhadap Islam jelas berlaku apabila orang bukan Islam sudah berani membuat provokasi kepada agama dan kedudukan istimewa orang Melayu.
Penggunaan kalimah Allah, mempersoalkan kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah contoh-contoh provokasi yang jelas terhadap orang Islam. Mereka akan terus berani berbuat demikian sekiranya kita tidak kuat memegang prinsip jati diri orang Islam.
Kita harus belajar daripada sejarah dahulu termasuk sejarah perpaduan yang unik lagi istimewa dalam kisah Natrah di kalangan bangsa-bangsa Cina, India dan Serani. Mereka ikut berjuang membantu orang Islam ketika itu sehingga ikut terkorban. Semangat itu hanya diperolehi kerana kesatuan jitu orang Islam ketika itu.
Hanya dengan perpaduan dan penyatuan hati orang Melayu yang ikhlas kerana Allah, yang tidak pentingkan diri, yang memungkinkan kita membuat percaturan politik yang bijaksana, yang tidak merugikan Islam pada zaman mana pun jua, termasuk masalah perpecahan politik sesama kita pada hari ini.
Bagi saya sebagai pembaca sejarah, tidak ada suatu pun kuasa yang dapat menghancurkan dan meleburkan kita, sekiranya kita bersatu hati dan mengikhlaskan diri demi perjuangan yang murni – iaitu agama. Pengorbanan ini bukannya sukar walaupun tidak terlalu mudah.
Bangsa yang besar adalah bangsa yang tahu menilai pengorbanan pejuang-pejuang yang terdahulu. Pemimpin yang besar adalah pemimpin yang tahu membuat pengorbanan diri demi kepentingan bangsa dan negara.
Natrah di tangan saya kini telah melampaui sifatnya sebagai penceritaan seorang individu. Natrah adalah kisah kita, kisah perjuangan kita. Jika demikian kentalnya roh dan semangat penyatuan para pejuang dan orang Islam masa dulu sehingga menyusup ke dalam sanubari kita sehingga ke hari ini, apakah percaturan politik yang bakal kita hantar kesannya kelak untuk generasi Islam 60 tahun lagi?
Rabu, 24 Februari 2010
PUTERI UMNO SATU KESILAPAN??
Assalammualaikum
Mendengar seorang pemimpin yang menyebut perkataan ini, pelbagai persoalan muncul di kepala saya, KEBENARAN ATAU RASA TIDAK PUAS HATI???
Kemudian, saya duduk di satu sudut dan berfikir lagi. Kalaulah Puteri UMNO ini satu kesilapan, buruk sangatkah Puteri UMNO ini?? Kalau nak melabel yang buruk2 semuanya kepada golongan muda, yang tua tidak bersikap buruk ke???
Kemudian sekali lagi saya berfikir dan sekali lagi saya mendengar ucapan dari pemimpin ini... ooo...rupanya beliau hanya menyatakan rasa tidak puas hatinya kepada beberapa individu dalam Pergerakan puteri bukan kepada Puteri UMNO keseluruhannya....
DAN BUAT SEMUA SAHABAT2 SAYA DI LUAR SANA, SEJARAH ADALAH SATU PERISTIWA YANG TELAH TERJADI. HARI INI AKAN MENJADI SATU SEJARAH APABILA ESOK MENJELANG TIBA. TANAMKAN TEKAD, TEGUHKAN PERIBADI, LUHURKAN HATI AGAR GENERASI DEPAN MAMPU BERDIRI GAH DAN MENYATAKAN "KAMILAH PUTERI PEWARIS BANGSA DAN NEGARA"!!!....
Selasa, 23 Februari 2010
KONVOI KEBAJIKAN JUARA RAKYAT
TARIKH : 20 FEBRUARI 2010 (SABTU)
MASA : 7.00 PG HINGGA 9.00 MLM
TEMPAT : KONVOI BERMULA DARI DUN SIMPANG EMPAT, DUN SANGLANG, DUN GUAR SANJI, DUN PAUH, BERAKHIR DI TAMBUN TULANG.
MASA : 7.00 PG HINGGA 9.00 MLM
TEMPAT : KONVOI BERMULA DARI DUN SIMPANG EMPAT, DUN SANGLANG, DUN GUAR SANJI, DUN PAUH, BERAKHIR DI TAMBUN TULANG.
Konvoi motor Puteri Bahagian Arau dari pagi hingga ke malam
Penerima sumbangan
Rombongan Puteri Bahagian Arau, tok ketua dok melambai lagi kat belakang
"Sabar makcik", kata puteri kepada makcik ini.
"Terima kasih bagi sumbangan kat makcik", sambil mmemegang dada menahan sebak.
Khamis, 21 Januari 2010
RASUAH
PUTRAJAYA 20 Jan. – Seorang pegawai khas dan setiausaha sulit ahli politik antara 34 orang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melibatkan nilai suapan RM280,000 dalam kes penyeludupan pasir di beberapa negeri. Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM, Datuk Mohd. Shukri Abdull berkata, suapan tersebut turut melibatkan tiga kes rasuah seks bertujuan memudahkan proses permohonan dan kelulusan mendapatkan pasir. Menurut beliau, setiap individu yang terlibat didakwa menerima nilai suapan di antara RM500 sehingga RM50,000.
(Utusan Malaysia, 21/01/2010)
Hari ini kita melihat terlalu ramai yang disogokkan dengan wang dan menerima pemberian tersebut. Apakah kerana kegawatan hidup atau kerana ingin kemewahan?? Mungkin ada yang menyatakan, "bolehlah awak cakap camtu, awak tidak berada di tempat saya. awak tidak merasa kesusahan yang saya hadapi!!". Iya, mungkin juga tapi adakah kerana alasan itu maka setiap yang menghadapi kesusahan harus mengadaikan maruah hidup dan prinsip kebenarannya juga pegangan akidahnya?? persoalan yang jawapannya pasti berbeza...
Langgan:
Catatan (Atom)