Rabu, 28 Julai 2010

MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN ARAU PADA 24 JULAI 2010

Ketibaan YB Dato Hamzah

Persembahan Silat
Antara nelayan yang menerima enjin bot sumbangan YB Dato Ismail bin Kasim disampaikan oleh YB Dato Hamzah, Timbalan Menteri Perusahaan dan Komoditi

Antara Warga Veteran UMNO yang menerima Penghargaan
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang
Dato Rozabil (Ketua Pemuda Bahagian), Dato Seri Shahidan Kassim (Ketua bahagian Arau), Senator Mohd Khalid (naib Ketua Bahagian), Saudari Amzira (Ketua Puteri Bahagian Arau)


Penyerahan Hadiah Kepada Perwakilan Yang Bertuah

Dato Ismail Kasim dan DAto Seri Shahidan Kassim
Cik hjh Sabani (Bendahari) dan Saudara Seruandi (Setiausaha bahagian)

Suasana Di Dalam Dewan Sivik Semasa Mesyuarat berlangsung







1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN SIRI 1

ASSALAMMUALAIKUM

Tidak dinafikan masih ramai yang mempersoalkan tentang konsep atau Gagasan 1 Malaysia yang dibawakan oleh YAB Dato Seri Najib selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6.

Gagasan 1 Malaysia bukan perkara baru. Kenapa kata lagu tu???...

Semasa saya bersekolah di peringkat menengah dulu dalam tahun 1995, saya bersahabat baik dengan seorang teman dari kaum India dan di dalam kelas saya ada 4 atau 5 orang murid berbangsa Cina. Meriah sungguh waktu itu tambahan lagi kawan sekelas saya yang berbangsa Cina(lelaki) minat lagu dangdut. Boleh bayang tak macamana setiap hari dia asyik dok menyanyi lagu Amelina...ah..ah...ah...

Seronok bila dikenangkan kembali waktu itu. Kami berada dalam negara kami sendiri. Aman dan damai. guru-guru juga tiada masalah untuk mengajar kami kerana setiap kali guru masuk kelas maka masing-masing akan duduk dan menumpukan perhatian ke arah papan hitam dan guru yang mengajar.

Diumpamakan kelas itu seperti sebuah negara yang dihuni oleh pelbagai bangsa. Ada Melayu, Cina dan India. Matlamat guru adalah untuk mengajar kami ilmu yang ada padanya dan memastikan kami mendapat manfaat dari ilmu itu, lebih-lebih lagi untuk menjawab soalan dalan peperiksaan. Maka itulah MATLAMAT negara IAITU untuk MENCAPAI WAWASAN 2020.

Sekiranya guru masuk ke dalam kelas dan ada murid2 yang bergaduh maka tidaklah dapat guru itu meneruskan pengajiannya. Guru harus menghentikan pergaduhan dan menyelesaikan masalah tersebut. Maka tergendalalah tujuan guru untuk mengajar silibus untuk hari itu dan terpaksa ditunda ke hari esok. Itulah yang boleh diibaratkan untuk KEADAAN POLITIK NEGARA...Kalau rakyat negara ini ASYIK BERBALAH dan MEMAINKAN ISU SENSITIF PERKAUMAN maka PERPADUAN dan KEHARMONIAN KAUM tidak dapat dicapai. Kerajaan harus menumpukan untuk mengeratkan perpaduan sebelum boleh terus melangkah untuk mencapai WAWASAN 2020 dan menjadikan MAlaysia sebuah negara maju.

MAKA untuk sentiasa mengingatkan rakyat MALAYSIA tentang perpaduan dan kepentingannya dalam memastikan MALAYSIA dapat mencapai MISI dan VISInya maka GAGASAN 1 MALAYSIA disuarakan oleh YAB Perdana Menteri.

Dari dulu hingga hari ini kita hidup dengan harmoni bersama pelbagai kaum yang ada dan sememangnya kita sudah mengaplikasikan 1 Malaysia dalam kehidupan kita. Kita berjiran dengan pelbagai kaum dan melibatkan sesama sendiri dalam kenduri-kendara dan kita juga bekerja bersama-sama kaum lain. ITULAH 1 MALAYSIA...

Isnin, 12 Julai 2010

MESYUARAT PUTERI UMNO BAHAGIAN ARAU 2010


Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Arau
pada 4 Ogos 2010 (Ahad) di SMK Arau
disempurnakan oleh YB Dato Ismail bin Kasim, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Arau
merangkap Ahli Parlimen Arau
turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Dato Hjh Mastika Junaidah bt Husin,
Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau
dan Yang Berbahagia Pn Asmaiza, Ketua Puteri UMNO Negeri merangkap EXCO Puteri UMNO Malaysia

Terima Kasih sekalung budi,
Tahun hadapan bertemu lagi.


Rabu, 7 Julai 2010

BICARA KETUA PENERANGAN PUTERI

Assalammualaikum wbt...salam sejahtera...salam 1 Malaysia.


Alhamdulillah, dengan izin dah limpah kurniaanNya maka dapat saya mengambil peluang meluahkan bait kata saya di ruangan ini.

Hampir 3 tahun saya memegang jawatan sebagai Ketua Penerangan Puteri Bahagian Arau, banyak yang saya telah belajar dan fahami, cubaan dan dugaan di dalam dunia politik ini sememangnya memerlukan hati yang kental.

Memang sukar memulakan langkah namun lebih sukar lagi untuk memastikan langkah itu tiba ke hujung kejayaan. Namun dengan kerjasama semua rakan dan sahabat dalam Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Arau maka saya tetapkan pendirian dan teguhkan hati untuk terus berdiri sebaris dengan ahli-ahli jawatankuasa Puteri UMNO Bahagian Arau, bersama-sama dalam saf kepimpinan untuk memastikan Puteri UMNO dihormati dan disayangi.

BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH... Buat semua ahli Puteri UMNO marilah kita bersama-sama, rapatkan saf, tanamkan tekad di dalam hati, walau apapun jua kekangan dan dugaan mendatang, kita akan hadapinya bersama-sama. Insya Allah, niat yang tulus akan dirahmati Yang Maha Esa...

Tetapkan Pendirian...Jangan biar anasir luar menceroboh dalam pemikiran. Sampaikan kepada sanak saudara dan jiran tetangga, kami tidak mahu merintih dan mengemis di negara sendiri!! Lihat saja apa yang terjadi di negeri Pulau Pinang apabila jatuh ke tangan pembangkang. DAP jadi juara di sana!! Suara rakyat tidak dihiraukan...!!

Hari ini kita hidup selesa. Apakah itu jaminan generasi depan, anak dan cucu serta cicit kita akan dapat merasa keselesaan dan nikmat yang kita ada hari ini?? Jangan sampai nanti, pokok pisang di tepi rumah kita pun bukan milik kita... rumah yang kita duduki dirampas sesuka hati... nak makan pun terpaksa mengemis... mungkin tidak terjadi kepada kita, ANAK CUCU CICIT kita?? Bagaimana nasib mereka??

BERFIKIRLAH SAUDARA DAN SAUDARI...Jangan alpa dan leka dengan kemarahan kita pada seekor nyamuk maka kita bakar kelambu yang akhirnya seluruh rumah terbakar...!!

Kalam berakhir di sini, moga ketemu lagi...PERJUANGAN KITA MASIH BELUM SELESAI...

Sekian, terima kasih.


Isnin, 5 Julai 2010

MESYUARAT PERWAKILAN PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN ARAU

MAAF KERANA INFORMASI INI LAMBAT DIMASUKKAN NAMUN ALHAMDULILLAH MESYUARAT YANG BERLANGSUNG PADA 4 JULAI 2010, AHAD PADA JAM 9.00 PAGI (MAJLIS PERASMIAN) DI DEWAN SMK ARAU BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA.
SYUKUR, ALHAMDULILLAH DAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PERWAKILAN, WAKIL BAHAGIAN, WAKIL PERHUBUNGAN PUTERI KERANA HADIR PADA MESYUARAT KALI INI.
PENGHARGAAN YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA YANG BERHORMAT DATO ISMAIL BIN KASIM, TIMBALAN KETUA UMNO BAHAGIAN ARAU MERANGKAP AHLI PARLIMEN ARAU ATAS KESUDIAN MELAPANGKAN WAKTU MERASMIKAN MESYUARAT WALAUPUN BARU SAHAJA SAMPAI DARI KELANTAN PADA PAGI BERKENAAN. TERIMA KASIH YANG BERHORMAT CHU.
JUGA JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA JAWATANKUASA PUTERI YANG BERTUNGKUS LUMUS MEMBANTU MENJAYAKAN MESYUARAT KALI INI. TERIMA KASIH SEKALUNG BUDI.