Isnin, 25 Mei 2009

MAJLIS PERJUMPAAN BERSAMA KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA

MAJLIS PERJUMPAAN YB TUAN HJ AHMAD BIN HJ MASLAN
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Ketua Penerangan UMNO Malaysia
bersama
Pemimpin-pemimpin Negeri Perlis
Tempat : Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perlis
Tarikh : 22 Mei 2005 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang


Dalam siri lawatan YB Tuan Hj Ahmad bin Maslan ke setiap negeri di Malaysia, Perlis menjadi destinasi seterusnya. AJK Puteri Bahagian Arau turut sama dijemput dalam Majlis Pertemuan beliau pada hari ini.
Beliau amat berharap para pemimpin dari peringkat bawah hinggalah atasan akan sama-sama berganding bahu dan mencari penyelesaian terbaik mendapatkan kembali sokongan rakyat terutama golongan muda kepada kerajaan.

Turut hadir mengiringi YB Tuan Hj Ahmad adalah YAB Dato Seri MD ISa bin Sabu, Menteri Besar Perlis merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis dan juga AJK UMNO Negeri Perlis, Ketua-Ketua Wanita Bahagian, Pemuda dan Puteri Bahagian Padang Besar, Kangar dan Arau.

PERTEMUAN KETUA PUTERI BERSAMA KETUA PUTERI CAWANGAN BAHAGIAN ARAU


Alhamdulillah...

Pada 17 Mei 2009 yang lepas, majlis pertemuan dan penyerahan notis mesyuarat cawangan puteri dan juga surat ucapan tahniah daripada Ketua Puteri Bahagian Arau kepada Ketua-ketua Puteri Cawangan Bahagian Arau berjalan dengan lancar.
Syukran Jaazilan... Terima Kasih banyak-banyak kepada semua ketua puteri dari cawangan-cawangan Dun Pauh, Guar Sanji, Tambun Tulang, Simpang Empat dan Sanglang yang sudi melapangkan masa bersama dengan Ketua Puteri, Naib Ketua Puteri dan AJK Puteri Bahagian Arau dalam majlis yang berlangsung secara sederhana tetapi cukup meriah ini.




Ketua Puteri dan Naib Ketua Puteri sama-sama fokus...



Antara ketua puteri cawangan dan AJK Bahagian yang hadir.


Barisan kepimpinan dari cawangan dan Bahagian yang menerajui Pergerakan Puteri Bahagian Arau



MAJLIS PENYERAHAN










Selasa, 12 Mei 2009

Perjumpaan Puteri Bahagian Arau

Satu perjumpaan diantara Ketua Puteri UMNO Cawangan atau wakil ke sesi perjumpaan bersama dengan Penyelaras - Penyelaras DUN Puteri seperti berikut :

Tarikh : 17.05.2009 (ahad)
Masa : 4.00 petang
Tempat : Pejabat UMNO Kangar

Kepada ketua puteri atau wakil yang akan hadir sila bawa senarai nama, no. ic, alamat, no telefon bagi tujuan pendaftaran keahlian.

sekian,

Rabu, 6 Mei 2009

Makluman kepada semua Ahli - Ahli Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Arau,

Ketua Puteri UMNO Malaysia akan menghadiri Hari Thalesimia Anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Perlis. oleh yang demikian, suma dijemput hadir. Makluman kepada Penyeleras DUN sila panjangkan kepada semua ahli - ahli puteri cawangan.

Tarikh : 8.5.09
Masa : 8.30 pagi hingga 12.00 tgh
Tempat : Dewan Politeknik Tuanku Syed Putra, Pauh


Sekiranya anda memerlukan surat pelepasan sila maklumkan kepada kak Zue...

Selasa, 5 Mei 2009

SENAMROBIK PUTERI DI DUN SIMPANG EMPAT


imbangkan badan yer... jangan senget...

Lihatlah dunia...
Inilah moderator senamrobik... 8 lagi...

thank you for joining our programme...





TARIKH: 26 APRIL 2009 (AHAD)

MASA: 8.30 PG - 9.30 PG
TEMPAT : BOMBA SUKARELA SIMPANG EMPAT


PERUTUSAN KETUA PUTERI BAHAGIAN ARAU

Assalamualaikum WarahmatullahiWabarakatuh…
Bismillahirahmanirahim…

Syukur Alhamdulillah, kerana dengan izinNya jua saya dapat berada bersama Pergerakan Puteri Umno Bahagian Arau bagi menggalas serta melaksanakan tanggungjawab sebagai
Ketua Pergerakan Puteri Umno Bahagian Arau bagi penggal 2008-2011.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih di atas kepercayaan, sokongan serta kerjasama yang telah diberikan oleh barisan ahli jawatankuasa, ketua puteri cawangan serta seluruh ahli puteri cawangan yang memilih saya pada pemilihan yang lalu. Tanpa sokongan dan kepercayaan yang jitu, sudah pastinya saya tidak akan berada di kedudukan sekarang. Oleh itu, marilah kita mempertingkatkan tekad serta azam untuk terus bersama memperjuangkan kepentingan Bangsa serta memartabatkan Agama dan Negara yang kita cintai ini.

Sesungguhnya sesuatu pergerakan itu tidak mampu bergerak atau berjuang sekiranya tidak ada organisasi yang hebat dan kukuh. Dengan itu, tanggungjawab ini bukan hanya untuk individu, sebaliknya kita semua sebagai ahli-ahli puterilah yang akan memegang peranan sebagai jentera untuk bersama-sama menghadapi cabaran demi memperkukuhkan landasan perjuangan yang lebih perkasa dalam usaha membawa anak bangsa menghadapi cabaran menjelang malaysia mencapai negara maju.

Sinonim dengan slogan `Puteri Generasi Wanita Prihatin’` Prihatin Berilmu, dengan itu Puteri Umno Bahagian Arau telah menyediakan laman ini supaya semua ahli-ahli puteri dapat menjadikan laman ini sebagai medan untuk mencetus idea dan pandangan, bertukar-tukar fikiran serta menerima kritikan yang membina. Di samping itu, melalui laman ini juga dapat diketahui setiap program yang dilaksanakan atau bakal dilaksanakan oleh pergerakan puteri umno arau seperti yang sedang dijalankan kini ialah aktiviti senam earobik. Aktiviti tersebut dijalankan mengikut DUN pada hari ahad yang akan ditetapkan oleh penyelaras kelima-lima DUN seperti Tambun Tulang, Guar Sanji, Simpang Empat, Sanglang dan Pauh.

Senaman Aerobik ini adalah sebagai simbolik pembukaan atau permulaan aktiviti yang bertujuan untuk menyemarakkan lagi semangat dan mencetuskan kekuatan mental dan fizikal agar pergerakan puteri arau lebih mantap, berkeupayaan, cergas dan semangat yang ada itu menjadi lebih kental serta berani menggalas cabaran yang bakal dihadapi.

Akhir kata, saya mengharapkan kepada seluruh ahli Pergerakan Puteri Umno Bahagian Arau agar terus bersama-sama menyatu minda, berkeyakinan, berusaha, berani dan bersedia memperkukuhkan semangat perjuangan, memperkasakan sayap parti demi keutuhan dan kekuatan UMNO yang menjadi tunjang pemerintahan negara. Semoga terus menjadi wadah umat melayu dan dihormati. Walaupun hala tuju pergerakan puteri umno adalah bertumpu ke arah kebajikan dan pendidikan, namun perjuangan yang satu `HIDUP UMNO, HIDUP MELAYU!’ perlu dititik beratkan kerana puteri umno harus ingat, jasa UMNO yang terbesar adalah memperjuangkan dan mencapai kemerdekaan untuk negara yang tercinta. Oleh itu, Puteri Umno yang menjadi sayap kepada parti harus relevan dan matang untuk bersama dalam perjuangan UMNO.


Sekian.


Ikhlas,
Amzira Abdullah.
Ketua Pergerakan Puteri Umno Bahagian Arau.