Isnin, 16 Mac 2009

Pantun Pilihanraya Kecil

Apa diharap padi seberang
Entahkan jadi entahkan tidak
Apa diharap undinya orang
Entahkan ada entahkan tidak


kalau tiada undinya tuan
hancurlah hati ralatlah jiwa
kalau tiada bijaknya tuan
habislah negeri habislah percaya


Bawa bakul berisi cili
Cili diambil dalam perahu
Suruh undi saudara undi
Suruh berdamai mengapa saudara tak mahu?



.....Semoga kedamaian selalu menjadi milik kita warga Malaysia...Amiin...


Rabu, 11 Mac 2009

Kenangan Bersama Dato Noraini




Pertemuan AJK Puteri Bahagian Arau bersama Ketua Pergerakan Puteri Malaysia





Bergambar kenangan semasa perjumpaan antara perwakilan negeri Perlis bersama calon-calon bertanding semua peringkat / negeri seluruh Malaysia.


SEJENAK...

Ucapan sulung Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Arau, Pn Amzira bt Abdullah di Mesyuarat Perwakilan Bahagian Arau.

Diperkenalkan Naib Ketua Pergerakan Puteri Bahagian Arau, Pn Zuraidah bt Zainal Abidin atau lebih mesra dikenali sebagai Zu.

Siap sedia berjuang barisan sayap puteri yang tidak pernah gentar... (Mesyuarat Pergerakan Puteri Bahagian Arau)


Barisan Ahli Jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO penggal lepas semasa Mesyuarat Pergerakan Puteri Bahagian Arau tahun lepas.




Wajah-wajah ayu yang menghiasi Puteri UMNO Bahagian Arau






"BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA PASTI KAN ROBOH, BERSENGKETA KITA KAN HANCUR"


SENAMROBIK PUTERI BAHAGIAN ARAU

Bergambar beramai-ramai bersama ketua puteri


Satu lagi yer adik-adik...

KENANGAN PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN KUALA TERENGGANU

Menjalankan tugasan di Bilik Gerakan Peti Undi Mengabang Tengah.


YB Dato Seri Shahidan Kassim, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis dan Puan Amzira bt Abdullah, Ketua Puteri Bahagian Arau berjalan kaki bersama masuk kampung dengan orang-orang kampung yang suka nak join sekali. Senyum jer tok ketua...

Selepas penat berjalan-jalan, bergambar beramai-ramai kat tepi Pantai Chendering.


Kak Am mewakili YB Dato Seri menyerahkan hadiah jala kepada salah seorang penduduk kampung yang menang pertandingan menjala ikan anjuran YB Dato Seri Shahidan Kassim.
Selain itu, ada juga hadiah untuk bilik gerakan tercantik.

...........................................................................
Walaupun kalah di Parlimen Kuala Terengganu, namun semangat juang yang ada pada UMNO tetap tidak pernah goyah. Jangan marahkan nyamuk seekor, habis kelambu nak kita bakar. Akhirnya, kita yang rugi sendiri. Suasana aman di Terengganu adalah satu penanda kepada pilihanraya kecil lain. yang menang bersyukur, yang kalah jangan memberontak, redha menerima qada dan qadar dari Ilahi.