Ahad, 7 Julai 2013

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.

Saudara-saudari,

Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?
Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap  umat Islam.
Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Saudara-saudari,

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri
sendiri.
Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

Wasalam

Khamis, 24 Januari 2013

Alhamdullillah blog Puteri UMNO Bahagian Arau berjaya diambil kembali daripada tangan -tangan mereka yang tidak bertanggungjawab.  Menggalas aspirasi wanita muda bukanlah satu kerja mudah. Amanah yang diberikan perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin.  Sempena Maulidur Rasul pada tahun ini adalah menjadi harapan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Arau untuk meneruskan wadah perjuangan generasi wanita muda untuk memastikan kemenangan mutlak Barisan Nasional. Salam Maulidur Rasul Daripada Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Arau

Selasa, 16 Ogos 2011

mohon maaf dari Pergerakan Puteri Bahagian Arau

Assalammualaikum
Salam 1 Malaysia

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Arau amat berterima kasih buat semua yang sudi melayari blog, FB dan menghantar email kepada pergerakan puteri. namun begitu ke semua akaun media sosial ini telah digodam pihak tertentu yang menyebabkan pihak Biro Penerangan Puteri Arau tidak dapat akses menggunakan akaun asal. maka oleh itu, akaun baru telah diwujudkan. untuk itu, laman blog ini akan berakhir di sini dan disambung ke laman blog puteri bahagian arau yang baru diwujudkan. terima kasih.

salam,
Ketua Penerangan Puteri UMNO Bahagian Arau

Jumaat, 1 Julai 2011

DARI JAUH KURENUNG-RENUNG...




HARI INI 1 JULAI 2011...



Salam Sayang dari kami nun jauh di utara tanahair...




Tanah yang kupijak dan langit yang kujunjung ini...Malaysia...disinilah lahirnya pemimpin dan pejuang tanahair yang rela darahnya tumpah membasahi bumi dengan dada penuh harapan agar anak cucu dan cicitnya dapat bernafas dengan tenang di bumi yang merdeka...




Alangkah pilu hati ini, sepilu hati generasi yang pernah memperjuang negara ini melihatkan anak bangsanya yang hidup menghirup udara yang sama di negara yang sama, hanya SATU NEGARA milik kita...MILIK KITA BUKAN ORANG LAIN... namun penuh dengan pelbagai agenda dari mereka yang tidak tahu bersyukur untuk menghargai ketenangan dan keharmonian yang kita kecapi selama ini...




Jangan memilih untuk terus bersikap tuli...bukan pekak...tapi sengaja memekakkan telinga..




Jangan memilih untuk terus membisu....bukan bisu...tapi sengaja menutup mulut ...menutup hati...




JANGAN HANYA MEMILIH UNTUK MENDENGAR KEBURUKAN...BERBICARA YANG BURUK...MENGHEBAHKAN KEAIBAN...MENCANANGKAN KEBURUKAN NEGARA DI MATA DUNIA...





KITA HANYA ADA SATU NEGARA...1 NEGARA...1 MALAYSIA MILIK KITA YANG KITA KONGSI BERSAMA...KALAU BUKAN KITA YANG MENJAGANYA, SIAPA LAGI...!!



Selasa, 17 Ogos 2010

SALAM RAMADHAN AL MUBARAK

ASSALAMMUALAIKUM

BUAT SELURUH UMAT ISLAM DI MANA JUA ANDA BERADA, SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA DI BULAN MULIA INI, RAMADHAN AL MUBARAK.

SEMOGA KITA DIBERIKAN KESABARAN DAN KETENANGAN DALAM MENJALANI IBADAH PUASA KITA PADA TAHUN INI.

SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT BERTERAWIH...

Rabu, 28 Julai 2010

MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN ARAU PADA 24 JULAI 2010

Ketibaan YB Dato Hamzah

Persembahan Silat
Antara nelayan yang menerima enjin bot sumbangan YB Dato Ismail bin Kasim disampaikan oleh YB Dato Hamzah, Timbalan Menteri Perusahaan dan Komoditi

Antara Warga Veteran UMNO yang menerima Penghargaan
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang
Pelajar Cemerlang
Dato Rozabil (Ketua Pemuda Bahagian), Dato Seri Shahidan Kassim (Ketua bahagian Arau), Senator Mohd Khalid (naib Ketua Bahagian), Saudari Amzira (Ketua Puteri Bahagian Arau)


Penyerahan Hadiah Kepada Perwakilan Yang Bertuah

Dato Ismail Kasim dan DAto Seri Shahidan Kassim
Cik hjh Sabani (Bendahari) dan Saudara Seruandi (Setiausaha bahagian)

Suasana Di Dalam Dewan Sivik Semasa Mesyuarat berlangsung







1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN SIRI 1

ASSALAMMUALAIKUM

Tidak dinafikan masih ramai yang mempersoalkan tentang konsep atau Gagasan 1 Malaysia yang dibawakan oleh YAB Dato Seri Najib selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6.

Gagasan 1 Malaysia bukan perkara baru. Kenapa kata lagu tu???...

Semasa saya bersekolah di peringkat menengah dulu dalam tahun 1995, saya bersahabat baik dengan seorang teman dari kaum India dan di dalam kelas saya ada 4 atau 5 orang murid berbangsa Cina. Meriah sungguh waktu itu tambahan lagi kawan sekelas saya yang berbangsa Cina(lelaki) minat lagu dangdut. Boleh bayang tak macamana setiap hari dia asyik dok menyanyi lagu Amelina...ah..ah...ah...

Seronok bila dikenangkan kembali waktu itu. Kami berada dalam negara kami sendiri. Aman dan damai. guru-guru juga tiada masalah untuk mengajar kami kerana setiap kali guru masuk kelas maka masing-masing akan duduk dan menumpukan perhatian ke arah papan hitam dan guru yang mengajar.

Diumpamakan kelas itu seperti sebuah negara yang dihuni oleh pelbagai bangsa. Ada Melayu, Cina dan India. Matlamat guru adalah untuk mengajar kami ilmu yang ada padanya dan memastikan kami mendapat manfaat dari ilmu itu, lebih-lebih lagi untuk menjawab soalan dalan peperiksaan. Maka itulah MATLAMAT negara IAITU untuk MENCAPAI WAWASAN 2020.

Sekiranya guru masuk ke dalam kelas dan ada murid2 yang bergaduh maka tidaklah dapat guru itu meneruskan pengajiannya. Guru harus menghentikan pergaduhan dan menyelesaikan masalah tersebut. Maka tergendalalah tujuan guru untuk mengajar silibus untuk hari itu dan terpaksa ditunda ke hari esok. Itulah yang boleh diibaratkan untuk KEADAAN POLITIK NEGARA...Kalau rakyat negara ini ASYIK BERBALAH dan MEMAINKAN ISU SENSITIF PERKAUMAN maka PERPADUAN dan KEHARMONIAN KAUM tidak dapat dicapai. Kerajaan harus menumpukan untuk mengeratkan perpaduan sebelum boleh terus melangkah untuk mencapai WAWASAN 2020 dan menjadikan MAlaysia sebuah negara maju.

MAKA untuk sentiasa mengingatkan rakyat MALAYSIA tentang perpaduan dan kepentingannya dalam memastikan MALAYSIA dapat mencapai MISI dan VISInya maka GAGASAN 1 MALAYSIA disuarakan oleh YAB Perdana Menteri.

Dari dulu hingga hari ini kita hidup dengan harmoni bersama pelbagai kaum yang ada dan sememangnya kita sudah mengaplikasikan 1 Malaysia dalam kehidupan kita. Kita berjiran dengan pelbagai kaum dan melibatkan sesama sendiri dalam kenduri-kendara dan kita juga bekerja bersama-sama kaum lain. ITULAH 1 MALAYSIA...

Isnin, 12 Julai 2010

MESYUARAT PUTERI UMNO BAHAGIAN ARAU 2010


Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Arau
pada 4 Ogos 2010 (Ahad) di SMK Arau
disempurnakan oleh YB Dato Ismail bin Kasim, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Arau
merangkap Ahli Parlimen Arau
turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Dato Hjh Mastika Junaidah bt Husin,
Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau
dan Yang Berbahagia Pn Asmaiza, Ketua Puteri UMNO Negeri merangkap EXCO Puteri UMNO Malaysia

Terima Kasih sekalung budi,
Tahun hadapan bertemu lagi.