Rabu, 16 September 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA AHLI-AHLI PUTERI DI BAHAGIAN ARAU DAN SELURUH MALAYSIA DAN SELURUH UMAT ISLAM DI DUNIA YANG SAMA-SAMA AKAN MENYAMBUT HARI YANG DINANTI-NANTIKAN INI.

JADIKANLAH SYAWAL INI SATU KESEMPATAN TERBAIK UNTUK KITA SALING MAAF-BERMAAFAN SESAMA KITA. BUANG YANG KERUH DAN AMBIL YANG JERNIH. TIADA BEZANYA KITA DI DUNIA INI, HANYA YANG MEMBEZAKAN KITA DI SISI ALLAH ADALAH AMAL DAN KEBAJIKAN YANG KITA LAKUKAN DI DUNIA INI.

KALAM DISULAM, SALAM DIHULUR, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARIPADA AHLI-AHLI JAWATANKUASA PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN ARAU, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Isnin, 14 September 2009

TAZKIRAH : DIALOG RAMADHAN DIHADAPAN ALLAH

Di akhirat semua amal kebajikan boleh dilihat dan ditimbang. Amal kebajikan datang dengan rupa dan paras yang sangat elok seperti bulan purnama; sementara amal kejahatan kelihatan amat buruk dan busuk.

Ramadhan merupakan satu bulan di mana amalan puasa diwajibkan. Pada hari kiamat ia kelihatan amat cantik. Satu ketika Ramadhan datang ke hadrat Allah swt. memohon sesuatu recommendation bagi manusia yang berpuasa di bulan Ramadhan.

Allah bertanya : Apa hajat kau ya Ramadhan?.
Ramadhan meminta Allah memakaikan mahkota kepada setiap orang yang berpuasa di bulan ini.
Allah lantas perkenankan dengan mengurniakan 1000 mahkota kepada setiap pengamal puasa di bulan Ramadhan. Di samping itu ada tambahan lain iaitu setiap orang diberikan syafaat untuk membebaskan 70,000 orang yang berdosa besar. Kemudian dikahwinkan setiap orang dengan 1000 bidadari yang rupawan. Setiap bidadari itu dilayan oleh 70000 dayang-dayang. Untuk kelengkapan menerawang di syurga mereka diberikan kenaikan BORAQ sebagai kapal terbang.

Ramadhan masih tegak tidak berganjak.
Allah bertanya "Apa lagi kehendakmu ya Ramadhan?"
Ramadhan meminta Allah menempatkan pengamal puasa Ramadhan supaya ditempatkan bersama Nabi di Syurga Firdaus.
Allah memperkenankan hajatnya dengan tambahan setiap orang diberi 100 bandar daripada permata merah ya'qut. Setiap bandar pula dilengkapkan dengan 1000 mahligai.

Betapa hebatnya pengurniaan Allah terhadap orang yang berpuasa di bulan Ramadhan.

TERIMA KASIH...

Terima kasih kepada semua ahli-ahli dan AJK Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Arau yang sudi hadir pada majlis Tadarus Al-Quran pada hari Sabtu lepas sempena menyambut Ramadhan Al-Mubarak di Masjid Negeri, Arau.

Segala kerjasama dan sokongan amat dihargai.

Semoga Ramadhan ini membawa seribu erti dan memberikan kita lebih keinsafan. Amin.

Jumaat, 11 September 2009

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

ASSALAMMUALAIKUM...

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak. Tahun ini kita diberikan lagi nafas dan kesempatan yang paling berharga untuk bertemu dan bersemuka dengan Bulan yang mulia ini.

saya ingin memohon maaf kerana blog ini agak lama tidak dikemaskini atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Insya-Allah, blog ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Terima kasih kepada semua yang sudi melewati blog Puteri Bahagian Arau ini. Terima kasih atas komen dan pendapat yang diberikan. Insya Allah setiap pendapat dan cadangan akan diberikan perhatian sewajarnya.

Akhir kalam, 'Ikhlas itu adalah Rahsia Allah dan hanya DIA yang akan menempatkannya di dalam hati mereka yang dikehendakiNya'


SEMOGA SABAR DAN TEGUH HATI MENJALANI IBADAH PUASA YANG HANYA TINGGAL BEBERAPA HARI SAHAJA LAGI.


Nasibah Ismail
Ketua Penerangan Puteri Bahagian Arau
Ketua Editorial Blog Puteri Arau

PROGRAM TADARUS AL-QURAN

SEMPENA RAMADHAN AL-MUBARAK AKAN DIADAKAN PROGRAM TADARUS AL-QURAN SEPERTI BERIKUT:

TARIKH : 12 SEPTEMBER 2009 (SABTU)
MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT : MASJID ARAU

SEMOGA KITA BEROLEK KEBERKATAN DARIPADA SEGALA AMALAN YANG KITA LAKUKAN, AMIN.

Khamis, 10 September 2009

KEMERDEKAAN INI HANYA PINJAMAN

ASSALAMMUALAIKUM...

ALHAMDULILLAH.. Terima Kasih Ya Allah... Aku bersyukur pada Mu kerana di sini, bumi yang kupijak dan langit yang kujunjung ini, Engkau telah kurniakan kami dengan nikmat kemerdekaan selama 52 tahun.

31 Ogos 1957, saat pertama kalinya Tunku Abdul Rahman melaungkan kalimah keramat, 'MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA'... Saat itu semua bangsa tak kira Melayu, Cina dan India, sama-sama dengan penuh semangat menyahut laungannya.

Pada masa itu, hanya kebanggaan dan rasa puas yang terlihat dan tergambar kerana Tanah Melayu diperolehi dengan keringat, airmata dan pengorbanan harta benda yang bukan sedikit nilainya malahan nyawa juga jadi taruhan. Nenek moyang dulu berjuang untuk membebaskan negara ini daripada penjajahan. 446 tahun kuasa-kuasa besar menguasai Tanah Melayu, terlalu banyak nyawa yang menjadi korbannya. Jatuhnya Empayar Melaka juga umpama simbolik kejatuhan Tanah milik Melayu namun Melayu tidak pernah Berpantang Maut Sebelum Berjuang...

KEMERDEKAAN ini hanya dipinjamkan kepada kita daripada generasi depan. Sebaris kata, Selangkah tindakan, akan menjadi penentu nasib generasi masa depan. anak-anak dan cucu cicit kita akan menerima padahnya andai kita hari ini masih bermegah diri kerana dapat hidup dalam suasana Kemerdekaan pada hari ini. kita bernafas dalam keamanan, sedang dulu nenek moyang kita mengigil dalam ketakutan. Apakah kita mahu anak-anak dan cucu cicit kita kembali hidup dalam kebimbangan dan ketakutan seperti nenek moyang kita dulu???

Setiap yang kita lafazkan, setiap tindakan yang kita ambil, setiap keputusan yang kita tetapkan, janganlah didasarkan atas kejahilan kita sebagai manusia yang buta sejarah, tetapi biarlah kita sentiasa berpaling seketika untuk mengambil iktibar dan menginsafi diri bahawa dalam memajukan diri dalam dunia hari ini, masih terlalu banyak yang kita masih belum tahu kerana kita ini hanya manusia biasa yang terbatas sifatnya.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 52...

RENUNG-RENUNGKANLAH SAUDARAKU...