Rabu, 28 Oktober 2009

ASSALAMMUALAIKUM....

ASSALAMMUALAIKUM WBT...

Salam mesra buat semua yang sudi melewati Blog Puteri UMNO Bahagian Arau. Saya mohon maaf kerana blog ini sudah agak lama tidak dikemaskini memandangkan kesibukan masa dan keadaan kesihatan diri yang tidak mengizinkan.

Insya Allah, saya akan cuba untuk memjadikan blog Puteri UMNO Bahagian Arau ini satu laman blog yang akan terus aktif dan tidak mati. Itu janji saya (Bukan janji pilihanraya yer)....

Terima kasih kerana terus setia...

Rabu, 16 September 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA AHLI-AHLI PUTERI DI BAHAGIAN ARAU DAN SELURUH MALAYSIA DAN SELURUH UMAT ISLAM DI DUNIA YANG SAMA-SAMA AKAN MENYAMBUT HARI YANG DINANTI-NANTIKAN INI.

JADIKANLAH SYAWAL INI SATU KESEMPATAN TERBAIK UNTUK KITA SALING MAAF-BERMAAFAN SESAMA KITA. BUANG YANG KERUH DAN AMBIL YANG JERNIH. TIADA BEZANYA KITA DI DUNIA INI, HANYA YANG MEMBEZAKAN KITA DI SISI ALLAH ADALAH AMAL DAN KEBAJIKAN YANG KITA LAKUKAN DI DUNIA INI.

KALAM DISULAM, SALAM DIHULUR, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARIPADA AHLI-AHLI JAWATANKUASA PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN ARAU, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Isnin, 14 September 2009

TAZKIRAH : DIALOG RAMADHAN DIHADAPAN ALLAH

Di akhirat semua amal kebajikan boleh dilihat dan ditimbang. Amal kebajikan datang dengan rupa dan paras yang sangat elok seperti bulan purnama; sementara amal kejahatan kelihatan amat buruk dan busuk.

Ramadhan merupakan satu bulan di mana amalan puasa diwajibkan. Pada hari kiamat ia kelihatan amat cantik. Satu ketika Ramadhan datang ke hadrat Allah swt. memohon sesuatu recommendation bagi manusia yang berpuasa di bulan Ramadhan.

Allah bertanya : Apa hajat kau ya Ramadhan?.
Ramadhan meminta Allah memakaikan mahkota kepada setiap orang yang berpuasa di bulan ini.
Allah lantas perkenankan dengan mengurniakan 1000 mahkota kepada setiap pengamal puasa di bulan Ramadhan. Di samping itu ada tambahan lain iaitu setiap orang diberikan syafaat untuk membebaskan 70,000 orang yang berdosa besar. Kemudian dikahwinkan setiap orang dengan 1000 bidadari yang rupawan. Setiap bidadari itu dilayan oleh 70000 dayang-dayang. Untuk kelengkapan menerawang di syurga mereka diberikan kenaikan BORAQ sebagai kapal terbang.

Ramadhan masih tegak tidak berganjak.
Allah bertanya "Apa lagi kehendakmu ya Ramadhan?"
Ramadhan meminta Allah menempatkan pengamal puasa Ramadhan supaya ditempatkan bersama Nabi di Syurga Firdaus.
Allah memperkenankan hajatnya dengan tambahan setiap orang diberi 100 bandar daripada permata merah ya'qut. Setiap bandar pula dilengkapkan dengan 1000 mahligai.

Betapa hebatnya pengurniaan Allah terhadap orang yang berpuasa di bulan Ramadhan.

TERIMA KASIH...

Terima kasih kepada semua ahli-ahli dan AJK Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Arau yang sudi hadir pada majlis Tadarus Al-Quran pada hari Sabtu lepas sempena menyambut Ramadhan Al-Mubarak di Masjid Negeri, Arau.

Segala kerjasama dan sokongan amat dihargai.

Semoga Ramadhan ini membawa seribu erti dan memberikan kita lebih keinsafan. Amin.

Jumaat, 11 September 2009

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

ASSALAMMUALAIKUM...

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak. Tahun ini kita diberikan lagi nafas dan kesempatan yang paling berharga untuk bertemu dan bersemuka dengan Bulan yang mulia ini.

saya ingin memohon maaf kerana blog ini agak lama tidak dikemaskini atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Insya-Allah, blog ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Terima kasih kepada semua yang sudi melewati blog Puteri Bahagian Arau ini. Terima kasih atas komen dan pendapat yang diberikan. Insya Allah setiap pendapat dan cadangan akan diberikan perhatian sewajarnya.

Akhir kalam, 'Ikhlas itu adalah Rahsia Allah dan hanya DIA yang akan menempatkannya di dalam hati mereka yang dikehendakiNya'


SEMOGA SABAR DAN TEGUH HATI MENJALANI IBADAH PUASA YANG HANYA TINGGAL BEBERAPA HARI SAHAJA LAGI.


Nasibah Ismail
Ketua Penerangan Puteri Bahagian Arau
Ketua Editorial Blog Puteri Arau

PROGRAM TADARUS AL-QURAN

SEMPENA RAMADHAN AL-MUBARAK AKAN DIADAKAN PROGRAM TADARUS AL-QURAN SEPERTI BERIKUT:

TARIKH : 12 SEPTEMBER 2009 (SABTU)
MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT : MASJID ARAU

SEMOGA KITA BEROLEK KEBERKATAN DARIPADA SEGALA AMALAN YANG KITA LAKUKAN, AMIN.

Khamis, 10 September 2009

KEMERDEKAAN INI HANYA PINJAMAN

ASSALAMMUALAIKUM...

ALHAMDULILLAH.. Terima Kasih Ya Allah... Aku bersyukur pada Mu kerana di sini, bumi yang kupijak dan langit yang kujunjung ini, Engkau telah kurniakan kami dengan nikmat kemerdekaan selama 52 tahun.

31 Ogos 1957, saat pertama kalinya Tunku Abdul Rahman melaungkan kalimah keramat, 'MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA'... Saat itu semua bangsa tak kira Melayu, Cina dan India, sama-sama dengan penuh semangat menyahut laungannya.

Pada masa itu, hanya kebanggaan dan rasa puas yang terlihat dan tergambar kerana Tanah Melayu diperolehi dengan keringat, airmata dan pengorbanan harta benda yang bukan sedikit nilainya malahan nyawa juga jadi taruhan. Nenek moyang dulu berjuang untuk membebaskan negara ini daripada penjajahan. 446 tahun kuasa-kuasa besar menguasai Tanah Melayu, terlalu banyak nyawa yang menjadi korbannya. Jatuhnya Empayar Melaka juga umpama simbolik kejatuhan Tanah milik Melayu namun Melayu tidak pernah Berpantang Maut Sebelum Berjuang...

KEMERDEKAAN ini hanya dipinjamkan kepada kita daripada generasi depan. Sebaris kata, Selangkah tindakan, akan menjadi penentu nasib generasi masa depan. anak-anak dan cucu cicit kita akan menerima padahnya andai kita hari ini masih bermegah diri kerana dapat hidup dalam suasana Kemerdekaan pada hari ini. kita bernafas dalam keamanan, sedang dulu nenek moyang kita mengigil dalam ketakutan. Apakah kita mahu anak-anak dan cucu cicit kita kembali hidup dalam kebimbangan dan ketakutan seperti nenek moyang kita dulu???

Setiap yang kita lafazkan, setiap tindakan yang kita ambil, setiap keputusan yang kita tetapkan, janganlah didasarkan atas kejahilan kita sebagai manusia yang buta sejarah, tetapi biarlah kita sentiasa berpaling seketika untuk mengambil iktibar dan menginsafi diri bahawa dalam memajukan diri dalam dunia hari ini, masih terlalu banyak yang kita masih belum tahu kerana kita ini hanya manusia biasa yang terbatas sifatnya.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 52...

RENUNG-RENUNGKANLAH SAUDARAKU...

Sabtu, 25 Julai 2009

Majlis Perasmian Mesyuarat Agung dan Pelancaran dan Blog Puteri UMNO Bahagian Arau oleh YB Dato' Ismail Bin Kasim Timb Ketua UMNO Bahagian Arau

Terima Kasih diatas kesudian YB Berhormat Dato' melancarkan blog kami ini. Walaupun ianya adalah kecil, ianya adalah wadah untuk kami menyebarkan maklumat kepada Puteri di Bahagian Arau khususnya dan amnya kepada sesiapa sahaja yang mengunjugi blog kami ini.
Adalah turut diharapkan agar YB Dato' juga turut mengunjungi laman blog kami ini dan menyatakan komen - komen yang membina agar kami terus mampu menyebarkan maklumat - maklumat terkini mengenai UMNO di alam siber ini.
Menjadi harapan kami agar YB Dato' dapat menjadi salah seorang daripada pengikut laman blog ini.
Akhir kata,
Tanam lenggun tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuk mati
Budi YB Dato' kami tak lupa
Sudah terpaku di dalam hati

Rabu, 22 Julai 2009

PERSIDANGAN PERWAKILAN PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN ARAU

PERSIDANGAN PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN ARAU AKAN DIADAKAN PADA 26HB JULAI 2009 (AHAD) PADA JAM 8.30PG BERTEMPAT DI SEK MEN TAMBUN TULANG.

MOHON KERJASAMA SEMUA PERWAKILAN UNTUK HADIR KE PERSIDANGAN KALI INI UNTUK SAMA-SAMA KITA BERTEMU DAN MEMBICARAKAN KEPENTINGAN PUTERI BERSAMA-SAMA.

KEHADIRAN CIK DAN PUAN AKAN MEMBERIKAN PERSEPSI POSITIF TENTANG HALA TUJU DAN KEDUDUKAN PERGERAKAN PUTERI BAHAGIAN ARAU DI MATA UMUM.

MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MELUANGKAN MASA SEKETIKA UNTUK KEPENTINGAN KITA BERSAMA.

PUTERI INI DIIBARATKAN SAYAP KIRI DAN PEMUDA DIIBARATKAN SAYAP KANAN,
TANPA SAYAP KIRI, PINCANGLAH PERTUBUHAN UMNO BAHAGIAN ARAU
TANPA SOKONGAN DARI SEMUA AHLI PUTERI
TAKKAN MUNGKIN PERGERAKAN PUTERI DAPAT TEGUH BERDIRI
TERIMA KASIH BUAT SEMUA AHLI PUTERI
SOKONGAN KALIAN UMPAMA PERMATA YANG TAK TERNILAI HARGANYA....

Selasa, 14 Julai 2009

WACANA - KEDUDUKAN INSTITUSI BERAJA & MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DARI PERSPEKTIF 1 MALAYSIA

PROGRAM:
WACANA
KEDUDUKAN INSTITUSI BERAJA & MELAYU DALAM
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DARI PERSPEKTIF
1 MALAYSIA
TARIKH:
10-11 JULAI 2009
PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA (PWTC), KUALA LUMPUR

ANJURAN:
GEMPITA

DENGAN KERJASAMA:
UMNO

Rabu, 8 Julai 2009

PROGRAM ZIARAH KE PPDK TMN INTAN OLEH PERGERAKAN PUTERI BAHAGIAN ARAU DENGAN KERJASAMA JABATAN HAL EHWAL KHAS (JASA) NEGERI PERLIS

PROGRAM ZIARAH KE PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PPDK) TAMAN INTAN YANG DIKETUAI OLEH PN AMZIRA BT ABDULLAH, KETUA PERGERAKAN PUTERI BAHAGIAN ARAU BERSAMA AJK PUTERI BAHAGIAN ARAU DENGAN KERJASAMA JABATAN HAL EHWAL KHAS (JASA) NEGERI PERLIS PADA JAM 11.30 PG, 8 JULAI 2009.
INILAH ANTARA ADIK-ADIK OKU YANG BERADA DI SINI
SI KECIL INI MEMERLUKAN BANTUAN UNTUK MINUM SUSU

ADIK COMEL INI DIKATEGORIKAN SEBAGAI OKU YANG HYPER AKTIF

SI KECIL INI PULA TERLALU LEMAH UNTUK BANGUN DAN BERGERAK SENDIRI

SALAM DIHULUR, SENYUMAN DIBERI, TANDA IKHLAS, SEPENUH HATI

UCAPAN DARIPADA PENGERUSI BAKAT, PN HAJAH YANG MENYEDIAKAN SAMBUTAN UNTUK KAMI. TERIMA KASIH PUAN HAJAH.

UCAPAN PN AMZIRA, KETUA PUTERI BAHAGIAN ARAU JUGA MEWAKILI YB DATO ISMAIL BIN KASIM, AHLI PARLIMEN ARAU KERANA TIDAK DAPAT TURUT SERTA PADA PAGI TADI

BERGAMBAR KENANGAN DI HADAPAN PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI
TERIMA KASIH BUAT SEMUA GURU-GURU DI PPDK, PENGERUSI BAKAT, DAN 4 RRD ARAU ATAS SAMBUTAN YANG BAGI KAMI SUNGGUH MERIAH WALAUPUN DI DALAM KESIBUKAN MELAYAN KARENAH ADIK-ADIK OKU TAPI TETAP PUNYA MASA UNTUK MENYEDIAKAN PERSIAPAN UNTUK MENYAMBUT KEDATANGAN KAMI.TERIMA KASIH.

Isnin, 6 Julai 2009

KURSUS JATI DIRI DAN BENTUK IMEJ, 1-3 JULAI, KONDO ISTANA, LANGKAWI

PESERTA-PESERTA KURSUS DARI PERGERAKAN PUTERI BAHAGIAN ARAU

Sesi memperkenalkan diri


Majlis Perasmian Penutup



SLOT CERAMAH


Pengucapan Awam



LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK )











Khamis, 25 Jun 2009

PROGRAM GERAK DAFTAR PERTUBUHAN BELIA PERINGKAT PARLIMEN ARAU

Tarikh : 23 JUN 2009 (Selasa)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Dewan Sekolah Kebangsaan Tambun Tulang, Perlis


Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Arau menerima jemputan daripada Pengerusi Belia 4B Kawasan Arau iaitu Encik Hakimi bin Din untuk sama-sama mendengar taklimat berkenaan penubuhan persatuan belia yang diberikan khusus untuk para belia oleh Encik Baderi bin Awang Damit, Timbalan Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY).

Ketua Penerangan Puteri Bahagian Arau mengambil tempat sebagai Juruacara Majlis pada malam itu.

Terima kasih kepada semua AJK Puteri yang hadir juga terima kasih kepada Belia 4B kawasan Arau dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis kerana menjemput Pergerakan Puteri UMNO Bahagian ARAU.

Kalau Ada Tersalah Bicara,
Jangan Disimpan Di dalam Hati,
Generasi Belia lah Penggerak Negara,
Tanamkan Tekad, Teguhkan Hati.

Isnin, 22 Jun 2009

Perasmian Persidangan Kali Pertama Cawangan UMNO Kg Kubang Batu Dun Pauh






Tarikh:
19 Jun 2009 (Jumaat)
Masa :
9.00 Malam
Tempat :
Perkarangan Kediaman Tn Hj Jamil bin Abd. Lah, Kg Kubang Batu, Pauh, Perlis
Dirasmikan Oleh :
YB Dato Seri Dr Shahidan bin Kassim - Ketua Bahagian Arau merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia.
Turut Hadir:
Ybhg Dato Mastika Junaidah bt Husin (Ketua Wanita Bhgn Arau),
Ybhg Pn Amzira Bt Abdullah (Ketua Puteri Bhgn Arau),
AJK Bahagian Arau, AJK Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian Arau.

SELAMAT HARI BAPA


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Semalam, 21hb Jun 2009 seluruh dunia menyambut Hari Bapa. Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Arau juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua ayah, abah, bapa, daddy, baba, walid, papa kerana jasa-jasa mereka yang telah mendidik dan membesarkan generasi hari ini dan masa depan terutama kepada semua bapa kepada Ahli Jawatankuasa Puteri Bahagian Arau, Terima Kasih....

Selamat Menyambut Hari Bapa... Jasamu Ayah Tiada Nilai Gantinya!!


Jumaat, 19 Jun 2009

AJK BARU PERGERAKAN PUTERI ARAU

Selamat Datang kepada AJK baru yang dilantik daripada DUN Pauh, Puan Arnee Zulia bt Zainol.
Kami mengalu-alukan kehadiran AJK baru dalam Pergerakan Puteri Bahagian Arau bagi mengukuhkan lagi struktur Pergerakan Puteri Bahagian Arau.
Diharapkan kehadiran pensyarah kita ini yang juga memegang portfolio Biro Pelajaran akan membawa nadi dalam biro ini dan Pergerakan Puteri Bahagian Arau khususnya.
Ahlan Wasahlan....

Rabu, 10 Jun 2009

PORTFOLIO BIRO-BIRO PERGERAKAN PUTERI BAHAGIAN ARAU

1) BIRO POLITIK
- AMZIRA ABDULLAH

2) JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN BIRO ANTARABANGSA
- ZURAIDAH ZAINOL ABIDIN

3) HAL EHWAL PELAJAR LUAR NEGARA /JAWATANKUASA PINDAAN PERLEMBAGAAN
- NORHAIDAH AHMAD

4) JAWATANKUASA PENUBUHAN PUTERI BARISAN NASIONAL
- HARISON ANI

5) BIRO PENERANGAN DAN LATIHAN
- NASIBAH ISMAIL

6) JAWATANKUASA LATIHAN SAHSIAH DAN UNIT KHAS PILIHANRAYA
- RAMZAHALIZA MELI

7) BIRO KEAHLIAN DAN DAFTAR PEMILIH
- WAN MAZURA MAT DAUD

8) BIRO PELAJARAN
- ARNEE ZULIA ZAINOL

9) BIRO TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN BACAAN SIKAP
- HASHIMAH AHMAD

10) BIRO KEBAJIKAN DAN KESIHATAN
- NORSHAHANIZA SHADAN

11) BIRO BELIA DAN SUKAN
- AFFANORSYAKINA AFFANDI

12) BIRO KEBUDAYAAN DAN WARISAN
- ZANIAH YAHAYA

13) BIRO AGAMA DAN PEMBANGUNAN SOSIAL
- FIFI HAIZA ABDUL RASHID

14) BIRO PROFESSIONAL MUDA DAN NGOs
- WAN ERNI LAILY WAN OTHMAN

15) BIRO PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN PEMANTAPAN EKONOMI
- LELA MAN

16) BIRO PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
- NURIZA ISA

17) BIRO SUKARELAWAN DAN SKUAD BANTUAN BENCANA ALAM
- MUMAIYIZAH MANSOR

18) BIRO HAK ASASI DAN KEMANUSIAAN DAN KHIDMAT BANTUAN GUAMAN
- ROSFAEZAH CHE SABU

19) BIRO TUGAS-TUGAS KHAS
- NORLIZA ISHAK



INILAH BARISAN JAWATANKUASA YANG MEMEGANG PORTFOLIO BIRO-BIRO DALAM PERGERAKAN PUTERI BAHAGIAN ARAU. TAHNIAH.

TANGGUNGJAWAB BARU YANG DISERAHKAN OLEH KETUA PUTERI BAHAGIAN ARAU DALAM MESYUARAT BULANAN PERGERAKAN PUTERI BAHAGIAN ARAU YANG DIADAKAN PADA PETANG 9 JUN 2009, 5.30 PETANG BERTEMPAT DI PEJABAT UMNO, KANGAR, PERLIS.

SELAMAT MENJALANKAN TUGASAN DAN TANGGUNGJAWAB YANG DIBERIKAN KEPADA SEMUA JAWATANKUASA BIRO PUTERI BAHAGIAN ARAU.

Khamis, 4 Jun 2009

MESYUARAT CAWANGAN PUTERI

SELAMAT BERSIDANG KEPADA SEMUA PUTERI DI CAWANGAN-CAWANGAN DALAM BAHAGIAN ARAU

BUAT KETUA-KETUA PUTERI CAWANGAN DI DUN SANGLANG N15, SELAMAT MENJALANKAN MESYUARAT. SEMOGA SEMUANYA BERJALAN LANCAR DAN SEMPURNA. INSYA ALLAH.

SENARAI CAWANGAN PUTERI YANG BOLEH BERSIDANG DUN SANGLANG :



1 ) SIMPANG SANGLANG
2) KG TENGAH SG PADANG
3) BENDANG BARU

4) BONGGOR KUDONG
5) KUALA SANGLANG
6) PADANG KERIA
7) PERMATANG BONGGOR
8) PERMATANG LIMAU MANIS
9) JAWI SERATUS

10) PADANG KERIA TIMUR


SELAMAT BERMESYUARAT....

Selasa, 2 Jun 2009

TAZKIRAH : "JANGAN PUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH"

Dunia hari ini tidaklah keterlaluan jika ia disifatkan sebagai dunia yang liar atau asing. Liar dan asing kerana ia tampak begitu berjaya mengasingkan rasa kasih dan cinta kepada al-Khaliq dari benak hati manusia hingga tidak lagi gemar berjinak-jinak dengan Allah SWT.

Akhirnya, segala bentuk cinta dunia yang bersifat sementara pantas mengambil alih takhta di hati manusia. Sehingga cinta palsu menyumbang kepada segala kejahatan dan kerosakan di muka bumi.

Dalam mengingatkan kita mengenai fenomena ini, Sheikh Abu Madyan r.a ada menyatakan yang bermaksud: "Barang siapa yang sibuk dengan tuntutannya terhadap dunia, nescaya dibalakan dengan kehinaan di dalamnya". (Lata'if al Minan fi Syarh Hikam Abi Madyan).

Maka di antara bentuk kehinaan itu ialah dipalingkan hati dari merasakan dirinya mendapat bahagian cinta dari Allah SWT dan menyebabkan hilangnya rasa baik sangka terhadap-Nya.

Namun, sejauh manapun manusia itu memalingkan hatinya dari mengingati Pencipta-Nya, tetap jua Pencipta itu mencurahkan belas rahmat, ihsan dan kasih-Nya yang tidak berbelah bahagi. Walaupun pada setiap saat dan waktu hamba-hamba-Nya berterusan melakukan maksiat dan mengingkari suruhan-Nya.
Di antara tanda cinta Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya juga, Dia sentiasa membuka pintu keampunan-Nya kepada mereka yang melampaui batas dan menzalimi diri sendiri dengan melakukan dosa dan maksiat. Malah, Allah SWT melarang para hamba-Nya berputus asa dari rahmat dan kasih sayang-Nya walau sebesar mana pun dosa dan maksiat yang mereka lakukan.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Katakanlah, wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas (melakukan dosa), janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah... (al-Zumar: 53)

Allah SWT dengan sifat Pengasih dan Penyayang-Nya membuka seluas-luasnya pintu keampunan buat mereka dengan pelbagai jalan. Di antara jalannya adalah memperbanyakkan amal kebajikan kerana ia adalah penghapus kejahatan.

Selain itu, memperbanyakkan istighfar memohon keampunan kepada-Nya sebagaimana dalam maksud sebuah hadis qudsi: "Wahai hamba-hamba-Ku, sesungguhnya kalian melakukan kesalahan (dosa) pada waktu malam dan siang, sedangkan Aku mengampunkan dosa keseluruhannya, maka pohonlah keampunan daripada-Ku, nescaya Aku akan mengampunkan kalian".
Cinta al-Khaliq terhadap makhluk juga, seperti yang dipetik dari kalam Nubuwwah, lebih hebat daripada kasih seorang ibu yang sentiasa bersungguh-sungguh menjaga, mempertahankan dan menjamin keselamatan bayinya yang masih kecil.

Semoga kita semua benar-benar dapat mengecapi nikmat cinta ilahi. Cinta Tuhan Yang Maha Tinggi, yang menyifatkan sifat cinta, kasih dan rahmat pada diri-Nya melalui firman-Nya yang bermaksud: Dialah Tuhan Yang telah menurunkan hujan setelah mereka (manusia) berputus asa dan Dia sentiasa menyebarkan rahmat-Nya serta Dialah Tuhan yang mengurniakan pertolongan dan Tuhan Yang Maha Terpuji. (asy-Syura: 28).
Wallahu a'lam.
OLEH PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN
(Utusan Malaysia, 1 Jun 2009)

Isnin, 1 Jun 2009

SEMINAR LITERASI UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM

Tarikh : 26 Mei 2009 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Sivik Arau
Anjuran : Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Perlis

Seminar ini dianjurkan untuk memberikan kesedaran kepada kaum wanita dan juga kefahaman kepada kaum lelaki berkenaan undang-undang keluarga Islam.

Penceramah yang terlibat adalah:

1) Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Dr Juanda bin Jaya yang memberikan ceramah berkenaan Hak-Hak Wanita dan Lelaki Dalam Perkahwinan.


2) Yang Amat Arif Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Negeri Perlis, Tn Hj Othman bin Ibrahim yang menerangkan tentang Hak-Hak Wanita Dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam.


Banyak maklumat dan pengetahuan yang diperolehi daripada kedua-dua orang penceramah yang dijemput khas ini. Dr Juanda memberikan penegasan kepada hak - hak wanita dalam perkahwinan manakala tn Hj Othman pula menekankan kepada enakmen undang-undang dan memberikan kefahaman kepada para peserta yang kebanyakannya agak kurang arif dari sudut undang-undang keluarga Islam.

Pergerakan Puteri Bahagian Arau membantu di bahagian pendaftaran peserta. Terima kasih kepada AJK dan ahli puteri yang hadir pada hari ini.

Isnin, 25 Mei 2009

MAJLIS PERJUMPAAN BERSAMA KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA

MAJLIS PERJUMPAAN YB TUAN HJ AHMAD BIN HJ MASLAN
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Ketua Penerangan UMNO Malaysia
bersama
Pemimpin-pemimpin Negeri Perlis
Tempat : Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perlis
Tarikh : 22 Mei 2005 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang


Dalam siri lawatan YB Tuan Hj Ahmad bin Maslan ke setiap negeri di Malaysia, Perlis menjadi destinasi seterusnya. AJK Puteri Bahagian Arau turut sama dijemput dalam Majlis Pertemuan beliau pada hari ini.
Beliau amat berharap para pemimpin dari peringkat bawah hinggalah atasan akan sama-sama berganding bahu dan mencari penyelesaian terbaik mendapatkan kembali sokongan rakyat terutama golongan muda kepada kerajaan.

Turut hadir mengiringi YB Tuan Hj Ahmad adalah YAB Dato Seri MD ISa bin Sabu, Menteri Besar Perlis merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis dan juga AJK UMNO Negeri Perlis, Ketua-Ketua Wanita Bahagian, Pemuda dan Puteri Bahagian Padang Besar, Kangar dan Arau.

PERTEMUAN KETUA PUTERI BERSAMA KETUA PUTERI CAWANGAN BAHAGIAN ARAU


Alhamdulillah...

Pada 17 Mei 2009 yang lepas, majlis pertemuan dan penyerahan notis mesyuarat cawangan puteri dan juga surat ucapan tahniah daripada Ketua Puteri Bahagian Arau kepada Ketua-ketua Puteri Cawangan Bahagian Arau berjalan dengan lancar.
Syukran Jaazilan... Terima Kasih banyak-banyak kepada semua ketua puteri dari cawangan-cawangan Dun Pauh, Guar Sanji, Tambun Tulang, Simpang Empat dan Sanglang yang sudi melapangkan masa bersama dengan Ketua Puteri, Naib Ketua Puteri dan AJK Puteri Bahagian Arau dalam majlis yang berlangsung secara sederhana tetapi cukup meriah ini.




Ketua Puteri dan Naib Ketua Puteri sama-sama fokus...



Antara ketua puteri cawangan dan AJK Bahagian yang hadir.


Barisan kepimpinan dari cawangan dan Bahagian yang menerajui Pergerakan Puteri Bahagian Arau



MAJLIS PENYERAHAN