Rabu, 28 Julai 2010

1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN SIRI 1

ASSALAMMUALAIKUM

Tidak dinafikan masih ramai yang mempersoalkan tentang konsep atau Gagasan 1 Malaysia yang dibawakan oleh YAB Dato Seri Najib selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6.

Gagasan 1 Malaysia bukan perkara baru. Kenapa kata lagu tu???...

Semasa saya bersekolah di peringkat menengah dulu dalam tahun 1995, saya bersahabat baik dengan seorang teman dari kaum India dan di dalam kelas saya ada 4 atau 5 orang murid berbangsa Cina. Meriah sungguh waktu itu tambahan lagi kawan sekelas saya yang berbangsa Cina(lelaki) minat lagu dangdut. Boleh bayang tak macamana setiap hari dia asyik dok menyanyi lagu Amelina...ah..ah...ah...

Seronok bila dikenangkan kembali waktu itu. Kami berada dalam negara kami sendiri. Aman dan damai. guru-guru juga tiada masalah untuk mengajar kami kerana setiap kali guru masuk kelas maka masing-masing akan duduk dan menumpukan perhatian ke arah papan hitam dan guru yang mengajar.

Diumpamakan kelas itu seperti sebuah negara yang dihuni oleh pelbagai bangsa. Ada Melayu, Cina dan India. Matlamat guru adalah untuk mengajar kami ilmu yang ada padanya dan memastikan kami mendapat manfaat dari ilmu itu, lebih-lebih lagi untuk menjawab soalan dalan peperiksaan. Maka itulah MATLAMAT negara IAITU untuk MENCAPAI WAWASAN 2020.

Sekiranya guru masuk ke dalam kelas dan ada murid2 yang bergaduh maka tidaklah dapat guru itu meneruskan pengajiannya. Guru harus menghentikan pergaduhan dan menyelesaikan masalah tersebut. Maka tergendalalah tujuan guru untuk mengajar silibus untuk hari itu dan terpaksa ditunda ke hari esok. Itulah yang boleh diibaratkan untuk KEADAAN POLITIK NEGARA...Kalau rakyat negara ini ASYIK BERBALAH dan MEMAINKAN ISU SENSITIF PERKAUMAN maka PERPADUAN dan KEHARMONIAN KAUM tidak dapat dicapai. Kerajaan harus menumpukan untuk mengeratkan perpaduan sebelum boleh terus melangkah untuk mencapai WAWASAN 2020 dan menjadikan MAlaysia sebuah negara maju.

MAKA untuk sentiasa mengingatkan rakyat MALAYSIA tentang perpaduan dan kepentingannya dalam memastikan MALAYSIA dapat mencapai MISI dan VISInya maka GAGASAN 1 MALAYSIA disuarakan oleh YAB Perdana Menteri.

Dari dulu hingga hari ini kita hidup dengan harmoni bersama pelbagai kaum yang ada dan sememangnya kita sudah mengaplikasikan 1 Malaysia dalam kehidupan kita. Kita berjiran dengan pelbagai kaum dan melibatkan sesama sendiri dalam kenduri-kendara dan kita juga bekerja bersama-sama kaum lain. ITULAH 1 MALAYSIA...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan