Khamis, 10 September 2009

KEMERDEKAAN INI HANYA PINJAMAN

ASSALAMMUALAIKUM...

ALHAMDULILLAH.. Terima Kasih Ya Allah... Aku bersyukur pada Mu kerana di sini, bumi yang kupijak dan langit yang kujunjung ini, Engkau telah kurniakan kami dengan nikmat kemerdekaan selama 52 tahun.

31 Ogos 1957, saat pertama kalinya Tunku Abdul Rahman melaungkan kalimah keramat, 'MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA'... Saat itu semua bangsa tak kira Melayu, Cina dan India, sama-sama dengan penuh semangat menyahut laungannya.

Pada masa itu, hanya kebanggaan dan rasa puas yang terlihat dan tergambar kerana Tanah Melayu diperolehi dengan keringat, airmata dan pengorbanan harta benda yang bukan sedikit nilainya malahan nyawa juga jadi taruhan. Nenek moyang dulu berjuang untuk membebaskan negara ini daripada penjajahan. 446 tahun kuasa-kuasa besar menguasai Tanah Melayu, terlalu banyak nyawa yang menjadi korbannya. Jatuhnya Empayar Melaka juga umpama simbolik kejatuhan Tanah milik Melayu namun Melayu tidak pernah Berpantang Maut Sebelum Berjuang...

KEMERDEKAAN ini hanya dipinjamkan kepada kita daripada generasi depan. Sebaris kata, Selangkah tindakan, akan menjadi penentu nasib generasi masa depan. anak-anak dan cucu cicit kita akan menerima padahnya andai kita hari ini masih bermegah diri kerana dapat hidup dalam suasana Kemerdekaan pada hari ini. kita bernafas dalam keamanan, sedang dulu nenek moyang kita mengigil dalam ketakutan. Apakah kita mahu anak-anak dan cucu cicit kita kembali hidup dalam kebimbangan dan ketakutan seperti nenek moyang kita dulu???

Setiap yang kita lafazkan, setiap tindakan yang kita ambil, setiap keputusan yang kita tetapkan, janganlah didasarkan atas kejahilan kita sebagai manusia yang buta sejarah, tetapi biarlah kita sentiasa berpaling seketika untuk mengambil iktibar dan menginsafi diri bahawa dalam memajukan diri dalam dunia hari ini, masih terlalu banyak yang kita masih belum tahu kerana kita ini hanya manusia biasa yang terbatas sifatnya.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 52...

RENUNG-RENUNGKANLAH SAUDARAKU...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan