Rabu, 11 Mac 2009

KENANGAN PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN KUALA TERENGGANU

Menjalankan tugasan di Bilik Gerakan Peti Undi Mengabang Tengah.


YB Dato Seri Shahidan Kassim, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis dan Puan Amzira bt Abdullah, Ketua Puteri Bahagian Arau berjalan kaki bersama masuk kampung dengan orang-orang kampung yang suka nak join sekali. Senyum jer tok ketua...

Selepas penat berjalan-jalan, bergambar beramai-ramai kat tepi Pantai Chendering.


Kak Am mewakili YB Dato Seri menyerahkan hadiah jala kepada salah seorang penduduk kampung yang menang pertandingan menjala ikan anjuran YB Dato Seri Shahidan Kassim.
Selain itu, ada juga hadiah untuk bilik gerakan tercantik.

...........................................................................
Walaupun kalah di Parlimen Kuala Terengganu, namun semangat juang yang ada pada UMNO tetap tidak pernah goyah. Jangan marahkan nyamuk seekor, habis kelambu nak kita bakar. Akhirnya, kita yang rugi sendiri. Suasana aman di Terengganu adalah satu penanda kepada pilihanraya kecil lain. yang menang bersyukur, yang kalah jangan memberontak, redha menerima qada dan qadar dari Ilahi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan