Rabu, 7 Julai 2010

BICARA KETUA PENERANGAN PUTERI

Assalammualaikum wbt...salam sejahtera...salam 1 Malaysia.


Alhamdulillah, dengan izin dah limpah kurniaanNya maka dapat saya mengambil peluang meluahkan bait kata saya di ruangan ini.

Hampir 3 tahun saya memegang jawatan sebagai Ketua Penerangan Puteri Bahagian Arau, banyak yang saya telah belajar dan fahami, cubaan dan dugaan di dalam dunia politik ini sememangnya memerlukan hati yang kental.

Memang sukar memulakan langkah namun lebih sukar lagi untuk memastikan langkah itu tiba ke hujung kejayaan. Namun dengan kerjasama semua rakan dan sahabat dalam Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Arau maka saya tetapkan pendirian dan teguhkan hati untuk terus berdiri sebaris dengan ahli-ahli jawatankuasa Puteri UMNO Bahagian Arau, bersama-sama dalam saf kepimpinan untuk memastikan Puteri UMNO dihormati dan disayangi.

BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH... Buat semua ahli Puteri UMNO marilah kita bersama-sama, rapatkan saf, tanamkan tekad di dalam hati, walau apapun jua kekangan dan dugaan mendatang, kita akan hadapinya bersama-sama. Insya Allah, niat yang tulus akan dirahmati Yang Maha Esa...

Tetapkan Pendirian...Jangan biar anasir luar menceroboh dalam pemikiran. Sampaikan kepada sanak saudara dan jiran tetangga, kami tidak mahu merintih dan mengemis di negara sendiri!! Lihat saja apa yang terjadi di negeri Pulau Pinang apabila jatuh ke tangan pembangkang. DAP jadi juara di sana!! Suara rakyat tidak dihiraukan...!!

Hari ini kita hidup selesa. Apakah itu jaminan generasi depan, anak dan cucu serta cicit kita akan dapat merasa keselesaan dan nikmat yang kita ada hari ini?? Jangan sampai nanti, pokok pisang di tepi rumah kita pun bukan milik kita... rumah yang kita duduki dirampas sesuka hati... nak makan pun terpaksa mengemis... mungkin tidak terjadi kepada kita, ANAK CUCU CICIT kita?? Bagaimana nasib mereka??

BERFIKIRLAH SAUDARA DAN SAUDARI...Jangan alpa dan leka dengan kemarahan kita pada seekor nyamuk maka kita bakar kelambu yang akhirnya seluruh rumah terbakar...!!

Kalam berakhir di sini, moga ketemu lagi...PERJUANGAN KITA MASIH BELUM SELESAI...

Sekian, terima kasih.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan